Malaysia menerusi Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) telah menyumbang beberapa jenis biji benih kepada Svalbard Global Seed Vault (SGSV).
Menerusi hantaran Facebook MARDI, MARDI melalui inisiatif Projek BOLD (Biodiversity for Opportunities, Livelihoods and Development) dengan dana yang diperolehi dari CropTrust, telah mengenalpasti sumber genetik dari koleksi di MyGeneBank dan Bank Gen Padi Kebangsaan MARDI yang dikumpulkan sejak tahun 1977.
Baca Juga:
- MARDI Sahkan 50 Peratus Beras Import Sebenarnya Bercampur Beras Tempatan
- Ledakan Pelancong China ke Malaysia: Peningkatan 130% Pada 2024
- Anggur Import Jenis ‘Shine Muscat’ Didakwa Ada Bahan Kimia Bahaya
Biji benih dari jenis tradisional padi, terung dan kacang panjang dipilih sebagai simpanan pendua di Svalbard itu.


“Sejumlah 725 aksesi tanaman telah diduplikasi di sana melalui dua penghantaran yang dilakukan pada bulan Mei dan Disember 2024.
“Pada 26 Februari lalu, pintu SGSV dibuka untuk pertama kali bagi tahun 2025 untuk mendepositkan benih dari Malaysia dan 20 negara yang lain,” kata MARDI.
Kata MARDI lagi, usaha ini merupakan langkah penting dalam memastikan keterjaminan dan ketersediaan sumber genetik makanan sekiranya negara berhadapan dengan risiko bencana yang mengakibatkan kemusnahan kemudahan penyimpanan sumber genetik di negara ini.
Dari Malaysia ke Svalbard, Norway

SGSV merupakan sebuah pusat penyimpanan benih global yang terletak di kepulauan Svalbard, Norway.
Gudang benih ini dibina di dalam gunung berhampiran Longyearbyen, pada kedalaman lebih 120 meter, dengan suhu semula jadi sekitar -18°C untuk memastikan benih kekal dalam keadaan baik untuk jangka masa panjang.
Ia turut dikenali sebagai ‘bilik kebal hari kiamat’ kerana fungsinya sebagai tempat penyimpanan benih yang direka untuk bertahan dalam sebarang bencana besar, termasuk peperangan, perubahan iklim, atau bencana alam yang boleh mengancam bekalan makanan dunia.