Baru-baru ini kecoh apabila artis antrabangsa, Taylor Swift memilih untuk mengadakan konsert di Singapura dan bukannya di negara kita. Anda mungkin akan hampa sekali lagi kerana perkara yang sama akan terjadi untuk tour Post Malone di Asia Tenggara.

Perkara ini diketahui selepas rapper  Amerika ini sendiri berkongsi menerusi akaun Instagram beliau yang memperlihatkan jelajah di beberapa negara Asia Tenggara pada tahun 2023.

Baca Juga:

Persembahan pertamanya di Asia Tenggara akan bermula di Bangkok pada 14 September dan diakhiri di Tokyo pada 27 September.

Jelajah “If Y’all Weren’t Here, I’d Be Crying” ini sepertinya mengikuti jejak langkah artis antarabangsa lain iaitu Taylor Swift dan Taeyeon di mana tidak merangkumi Malaysia di dalam perancangan jelajah.

Pasti ramai peminat tempatan Post Malone kecewa kerana artis kegemaran mereka tidak pernah mempunyai sebarang rekod persembahan di sini. Persembahan terdekat yang bakal berlangsung hanya tersedia di Singapura setakat ini.

Sumber Gambar: Racing News

Difahamkan Post Malone bakal mengadakan konsert di Pentas Padang Zon 4 pada 16 September bersempena acara Formula 1 Singapore Grand Prix. Malah, beliau bakal duduk sebaris bersama artis antarabangsa lain seperti Niki, Rich Brian, Jackson Wang dan banyak lagi bagi memeriahkan acara F1 kali ini.

Dalam pada itu, sebahagian peminat rapper tersebut dilihat meluahkan rasa kecewa di media sosial kerana Malaysia sekali lagi terlepas peluang untuk menerima kehadiran artis popular untuk jelajah di Asia Tenggara.

Sumber Gambar: Twitter
Sumber Gambar: Twitter

Selepas kumpulan Coldplay menerima kecaman hebat daripada sesetengah pihak tempatan sebelum ini, nampaknya ramai artis antarabangsa popular memilih jalan selamat untuk jelajah ke negara jiran berbanding di Malaysia.