Ketika ‘Waktu Pertanyaan Menteri’ berlangsung di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berada pada kedudukan teratas dalam isu pengaliran nilai wang haram tertinggi dikeluarkan sebelum disimpan di akaun luar negara.

Maklumat itu dikongsikan berdasarkan laporan Global Financial Integrity (GFI) dan Pandora Papers nilai yang dibawa keluar dari Malaysia mencecah trilion dolar Amerika Syarikat, petik Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Jumlah (wang keluar) laporan GFI sehingga (pendedahan) Pandora Papers dari Malaysia agak tinggi berdasarkan jumlah penduduk dan kedudukan ekonomi kita.

“Ada yang disebut seperti negara China, Arab Saudi dan negara lain, tetapi (kedudukan) Malaysia di tingkat atas. Mengikut laporan, ratusan bilion dolar Amerika dikeluarkan dari negara bahkan berdasarkan GFI nilainya mencecah trilion dolar Amerika,” kata Anwar Ibrahim semasa menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian-PN).

Tuan Ibrahim menanyakan sama ada kerajaan meneliti semua akaun yang didaftar di luar negara bagi mencari ketelusan dana diterima termasuk dana politik dari luar negara yang disumbang kepada parti politik Malaysia.

“Nama-nama disebut Pandora Papers mencecah 3,000 orang ada yang sahih, ada peniaga tetapi kita tumpu dulu kepada tokoh politik besar seperti mantan menteri dan sebagainya yang dipercayai memunggah kekayaan semasa mereka berkuasa.

“Semua yang lari cukai dan melanggar udang-undang ini sudah disiasat dan saya berpuas hati dengan langkah diambil tanpa mengira puak mana, harus ada tindakan tegas.

“Saya beri jaminan dari dari sudut badan-badan berkuasa yang melapor kepada saya, arahan saya jelas jangan ambil sambil lewa tindakan ini biarlah menjadi satu pengajaran dan negara tak mampu lagi mengizinkan hal ini diteruskan,” katanya.

Tambah Anwar Ibrahim lagi, beliau mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC), Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan meneruskan siasatan rapi ke atas isu berkenaan.

“Beberapa langkah canggih lain juga diambil melalui Bitcoin bagi mengelak daripada transaksi wang tunai (berlaku) dan beberapa langkah lain digital currency memerlukan kepakaran seperti Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM) selain mempertingkatkan usaha program sekuriti siber.

“Saya juga mohon Yang Berhormat (YB) dan rakan-rakan 220 Ahli Parlimen ini mengambil sikap tegas jangan melindungi sebaik saja ada siasatan terus dipertikai niat, kalau ada bukti dan fakta maka tindakan diambil.

“Kalau tindakan diambil tanpa fakta boleh dicabar atau bermotifkan politik tetapi kalau wang ratus bilion atau ratus juta ringgit dibawa keluar dan (pesalah) dilindungi kerana dia menyokong kita, itu membawa malapetaka negara,” katanya.

Mengulas lanjut Anwar berkata, Malaysia antara negara yang berani memberikan arahan cukup jelas supaya mengambil tindakan tegas dan hentikan amalan budaya memunggah dan merompak wang negara walaupun mereka terbabit itu termasuk tokoh politik dan pemimpin.

Sumber