Malaysia tersenarai sebagai salah satu negara termurah bagi rakyat luar negara yang mahu ‘digital nomad’.
Statistik ini diambil daripada Global Citizen Solutions, sebuah firma yang pakar dalam pemastautinan dan kewarganegaraan melalui pelaburan.
Baca Juga:
- Pelancongan Langkawi Merosot 39 Peratus, Apa Sebabnya?

- Kawalan Sempadan Ketat, Jumlah Pasangan Malaysia Nikah Di Selatan Thailand Turun Mendadak

- Rakyat Malaysia Belanja Hampir RM50 Juta Di Selatan Thailand

Malaysia Di Tangga Ketiga
Malaysia menduduki tempat ketiga dan negara jiran, Indonesia ke-4 dalam senarai 10 negara termurah untuk digital nomad.

Syarikat itu menganalisis kos sara hidup, kos kerja bersama, kos hot desk dan program visa nomad digital di 64 negara berbeza untuk menentukan senarainya.
Faktor yang diambil kira termasuk perumahan, barangan runcit, pengangkutan dan kos sara hidup penting yang lain.
Malaysia mula menawarkan program visa nomad digital pada Oktober 2022 dalam usaha menarik pekerja jauh dari seluruh dunia.
Untuk layak mendapat visa, pemohon dikehendaki mempunyai pendapatan tahunan sekurang-kurangnya AS$24,000.

Indonesia melancarkan program visa kerja jauh pada Oktober 2022 yang membolehkan warga asing yang layak tinggal di negara itu sama ada selama lima atau 10 tahun.
India dinamakan destinasi termurah untuk nomad digital, diikuti oleh Ecuador di tempat kedua.