Ahad lalu bermula sudah program All Stars Gegar Vaganza yang mengumpulkan pemenang setiap musim dan calon hot seat untuk berentap pada musim ini. Walaupun tidak menyertai program tersebut pada musim ini, nama penyanyi Mamat Exists turut dipetik dan menjadi ‘bahan gurauan’ pengacara Nabil Ahmad.

Memetik laporan Harian Metro, Mamat Exists, 45, mengingatkan Nabil Ahmad agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata yang mungkin berbaur gurauan sewaktu beraksi mengacarakan program tersebut.

Baca Juga:

Ia susulan, muncul spekulasi membabitkan Nabil yang bergurau secara melampau susulan kenyataannya mengenai ketiadaan Mamat sewaktu mengacarakan program itu.

Mamat berkata, dia sudah membaca penjelasan Nabil berhubung perkara itu dan memahami gurauan berkenaan mungkin bermaksud baik, namun tidak semua orang boleh menerimanya.

“Ia bergantung pada pemahaman masing-masing. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, saya malas nak besar-besarkan perkara ini. Cuma, kalau boleh dia (Nabil) kena lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata.

“Saya ingatkan kenapa dia kena berhati-hati sebab program ini (ASGV) pun bukan biasa-biasa. Ia antara program yang ‘grand’ terbitan Astro. Jadi, percakapan ‘lepas’ untuk bergurau yang dibuat itu boleh jadi ‘viral’.

“Apatah lagi, saya pula sebelum ini sudah berhadapan dengan beberapa cerita ‘viral’ mengenai penampilan diri yang diperkatakan, jadi apabila timbul gurauan Nabil ini, lagilah menarik perhatian ramai terutama netizen,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam penjelasan Nabil, ungkapan Mamat berada di ‘tempat tinggi’ membawa maksud Mamat berada di kelas legend dan tidak dapat bersama yang lain dalam musim ini.

Sumber