Manchester United dilaporkan sudah menghubungi PSG untuk mendapatkan Randal Kolo Muani.
Tetapi Le10 Sport melaporkan bahawa Man United berdepan masalah tak cukup duit pada akaun perpindahan mereka. Tak cukup duit di sini bukan bermaksud Man United tak ada duit.
Namun akaun FFP yang dibenarkan untuk membeli pemain dikatakan tidak cukup untuk membayar yuran perpindahan pemain tersebut.
Man United menegaskan bahawa adalah mustahil untuk membeli Kolo Muani pada Januari ini, namun mereka sedia meminjam dahulu pemain itu dan membelinya secara tetap selepas tamat musim pinjaman.
Man United perlu mengimbangi akaun FFP mereka yang berada di paras yang agak kurang sihat untuk musim ini selepas mereka berbelanja besar dalam 3 musim terakhir.
EXCLU @le10sport : Manchester United est entré en contact direct pour manifester son intérêt pour Kolo-Muani. Dossier impossible sous la forme d'un transfert car le club n'a absolument pas les finances, demande de prêt https://t.co/dVIgbMecqI
— Alexis BERNARD (@AlexisBernard10) November 21, 2024
Namun begitu kelab itu akan sedia membuka perbelanjaan musim baharu dengan menandatangani secara tetap Kolo Muani.
Randal Kolo Muani gagal mendapat tempat dalam skuad PSG sejak menyertai kelab itu dengan nilai £65 juta.
United sudah menghubungi secara langsung PSG untuk mendapatkan status ketersediaan Randal Kolo Muani untuk berpindah pada Januar akan datang.
United tahu bahawa rundingan secara tetap adalah mustahil buat masa ini kerana Randal Kolo Muani agak mahal. Jadi kelab mahukan pemain itu datang sebagai pinjaman dahulu.
Pemain berusia 25 tahun itu telah melalui satu setengah musim yang hambar di Parc des Princes sejak dibeli dari Eintracht Frankfurt pada September 2023.
Dia hanya menjaringkan gol sembilan gol dan enam assist dalam 40 penampilan sepanjang musim pertamanya di Perancis dan hanya menjaringkan dua kali dalam 12 perlawanan musim ini setakat ini.
Muani, yang pernah dipuji oleh rakan senegara Kylian Mbappe sebagai ‘penyerang lengkap’, juga gagal mempamerkan peranan sebagai kesebelasan di bawah Luis Enrique, setelah beraksi dua kali dari awal dalam 11 perlawanan pembukaan kempen Ligue 1 dan masih tidak bermain dalam sebarang aksi UCL musim ini.
Namun United yakin pemain itu adalah pemain yang hebat. Dan minat United kepada prestasi 2022/23 pemain muda itu.
Di mana ketika itu diia mencetak 23 gol dan 17 assist dalam 46 perlawanan menyaksikan dia dengan cepat membuktikan dirinya sebagai salah seorang bintang yang paling diburu oleh kelab besar di Eropah.
Akhirnya dia memilih PSG yang ternyata perpindahan yang agak mengecewakannya setakat ini.
Laporan yang sama juga menyebut, pemain tersebut buat masa ini masih tidak menunjukkan tanda tanda dia berminat untuk meninggalkan PSG.