Ilkay Gundogan menyatakan bahawa pemain pemain Manchester City ada masalah mental. Itu yang membuatkan mereka tidak dapat menunjukkan prestasi terbaik.

Isu masalah mental ini juga menjadi punca kekalahan mereka di tangan kelab Itali, Juventus pada awal pagi semalam waktu Malaysia.

Manchester City terus bergelut dengan prestasi mereka. Terbaru Man City tewas 2-0 di tangan Juventus. Ianya satu lagi tamparan buat Man City dalam kempen mereka musim ini.

Man City kini merekodkan 27 bolos dalam 10 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan. Pep Guardiola buntu dengan isu kerapuhan pertahanan pasukannya.

Manchester City hanya menang sekali dalam 10 perlawanan terakhir mereka. Menjadikan ini adalah rekod terburuk Guardiola di dalam kariernya.

Gundogan berkata: “Ini juga ada kaitan dengan masalah mental. Kamu sendiri boleh tengok sendiri yang kami kadangkala kami ‘miss’ dan kalah dalam duel.

“Dan kamu juga melihat prestasi kami merosot tiba tiba dan kehilangan rentak. Dan ianya memberikan kesan kepada kami,” tegas pemain tengah Manchester City itu lagi.

Sementara itu Pep Guardiola tetap memuji prestasi para pemainnya. Sambil menegaskan bahawa Manchester City masih ada peluang untuk mara ke pusingan kalah mati UCL.

Di luar padang, Man City masih berdepan dengan isu berkaitan salah laku kewangan. Di mana media Telegraph UK melaporkan bahawa kelab itu kini berdepan 130 pertuduhan berbanding dengan 115 yang dilaporkan sebelum ini.

Perbicaraan kes dilaporkan akan diadakan pada Januari 2025. Dengan Pep Guardiola konsisten mempertahankan bahawa pasukannya tidak melakukan sebarang kesalahan.