Mengikut jejak langkah kelab Wolfsburg dan West Ham, Manchester City turut tidak mahu ketinggalan dalam mendapatkan pemain untuk division eSports mereka. Atlet eSports pertama mereka, Kieran “Kez” Brown baru berusia 18 tahun dan mempunyai pengikut seramai 10,000 subscribers di Youtube.
“Ianya sangat mengujakan dan sesuatu yang baru buat kelab dan diri saya ini. Saya akan membuat livestream dan membuat video untuk channel Youtube Manchester City dan saya akan mewakili kelab ini untuk sebarang tournament FIFA di seluruh dunia. Tawaran dari Manchester City ini adalah tawaran yang tidak mungkin saya tolak,” kata Kez.
Seperti juga Wolfsburg dan West Ham, langkah City mengambil atlet eSports adalah untuk mengembangkan pengaruh kelab itu dalam komuniti sukan bola sepak online terutamanya komuniti permainan online FIFA.
Walaupun scene permainan FIFA dianggap kecil jika dibandingkan dengan permainan eSports yang lain tetapi dengan potensinya untuk berkembang dalam beberapa tahun lagi, ianya satu langkah awal yang baik bagi kelab-kelab ini.
Harap-harap di masa hadapan lebih banyak kelab bola yang memandang serius suka eSports ini. Satu sebab untuk anda teruskan berlatih permainan FIFA anda. Mana tahu ada kelab berminat jadikan anda atlet eSports mereka nanti?