Manchester City didakwa main pintu belakang ketika mereka sedang mendapatkan pemain berusia 18 tahun Juma Bah.

Real Valladolid menuduh pemain pertahanan muda Juma Bah melanggar kontraknya selepas diambil alih oleh Manchester City dan mengancam tindakan undang-undang.

Ini kerana tindakan pemain tersebut telah menyusahkan dan merugikan kelab.

Real Valladolid berkata, pemain pertahanan remaja mereka, Juma Bah dan ejennya memaklumkan kelab itu pada Selasa mengenai hasrat mereka untuk memutuskan kontrak secara unilateral antara kedua-dua pihak.

Kelab benar benar terkejut dengan tindakan pemain itu setelah mereka melayan pemain tersebut dengan sangat baik.

Juma, 18, yang dilahirkan di Sierra Leone, kemudian gagal hadir untuk latihan pada hari Rabu. Dia kemudiannya telah mendepositkan klausa pelepasannya dengan Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF).

“Kelab itu menganggap pemain itu bertanggungjawab atas pelanggaran komitmen kontraknya dan telah meminta jabatan undang-undangnya untuk memulakan tindakan tatatertib,” kata Valladolid dalam satu kenyataan.

Real Valladolid kemudian berterus terang bahawa Manchester City  dan CFG adalah pihak yang di belakang Juma Bah dalam perkara ini. Dan Valladolid kini tidak memiliki pemain pertahanan yang secukupnya.

Real Valladolid berkata lagi: “Kelab menganggap bahawa Manchester City, milik Kumpulan Bola Sepak City (CFG), berada di belakang keputusan itu. Nampaknya mereka telah menasihatkan pemain itu untuk mengambil laluan singkat ini, yang menyebabkan Valladolid tidak mempunyai pemain pertahanan.”

Juma, yang telah membuat 12 penampilan pasukan utama untuk kelab itu, mula-mula menyertai Valladolid secara pinjaman daripada AIK Freetown pada musim panas lalu sebelum pasukan LaLiga itu membuat perjanjian kekal pada 1 Januari.

Valladolid berkata dia masih berdaftar dengan pasukan remaja kerana enggan berdaftar dengan pasukan senior. Dipercayai dia tidak mahu melihat klausa pelepasannya meningkat jika menandatangani kontrak dengan pasukan utama.

Oleh sebab itu kelab sangat kecewa dengan tindakan pemain dan ejennya itu yang dianggap tidak profesional dan cuba memanipulasi situasi agar mereka senang keluar daripada kelab tersebut, dan membiarkan kelab melopong tidak mendapat bayaran setimpal.

Valladolid percaya, Man City antara sebab utama Juma Bah berbuat demikian. Walaupun kelab sudah menyambutnya dengan tangan terbuka dan memberikan  dia kesempatan yang terbaik dalam hidupnya sebelum ini.

“Niat pemain itu, yang dikatakan disokong dan dibimbing oleh Manchester City dan ejennya, telah menyebabkan kekecewaan dan kemarahan yang besar dalam Real Valladolid, yang menyambut Juma dengan tangan terbuka dan memberinya peluang seumur hidup,” tambah kenyataan itu.

“RFEF telah mengesahkan bahawa pemain telah mendepositkan jumlah yang diperlukan untuk penamatan kontrak secara unilateral.

“Dalam hal ini, Real Valladolid memaklumkan bahawa ia berhak untuk mengambil bidang kuasa undang-undang dan kesukanan yang sesuai untuk melaksanakan haknya dan mempertahankan kepentingannya,” tegas kenyataan kelab itu.

Sebelum ini, ESPN mendedahkan minat CFG untuk menandatangani Juma pada awal Januari, dengan beberapa kelab lain turut berminat dengan pemain muda itu.

Inter Milan adalah antara pasukan lain yang menunjukkan minat, tetapi sumber memberitahu ESPN bahawa CFG sentiasa berada di kedudukan terdepan untuk mendapatkannya.

Valladolid malah sudah bersedia untuk menjual pemain itu ke kelab seperti Man City selepas ini. Malangnya Manchester City telah main pintu belakang. Mengadakan kesepakatan dengan pemain tersebut tanpa pengetahuan kelab.

Wartawan James Ducker turut mengesahkan bahawa Valladolid kini benar benar serius mahu mengheret Manchester City ke muka pengadilan.

Walaupun terdapat juga laporan menyatakan bahawa Man City sedia untuk meminjamkan semula pemain muda itu ke Real Valladolid pada baki musim ini. Memandangkan dia berkembang dengan sangat baik di kelab tersebut.

Tetapi ketika ini hubungan Valladolid dengan Man City benar benar tengah tegang. Dan tidak pasti kalau kelab itu setuju dengan tawaran tersebut.

Perkembangan lain

Dalam perkembangan yang lain Manchester City beberapa minggu lalu sudah melanjutkan kontrak penggempur utama mereka Erling Haaland untuk 10 tahun lagi sehingga 2034.

Ianya dianggap satu berita yang menggembirakan peminat Man City memandangkan Haaland merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia pada ketika ini.

Haaland menegaskan bahawa dia memilih untuk kekal di Man City kerana kelab itu yang luar biasa dan penyokong yang terbaik.

Di atas padang Man City masih bergelut dengan prestasi mereka. Terbaru, mereka kalah 4-2 di tangan PSG dalam saingan peringkat awal Liga Juara Juara Eropah.

Man City sebenarnya sudah mendahului 2 gol. Namun melepaskan 4 bolos kepada lawan mereka dalam aksi klasik UCL. Bekas juara UCL itu melakukan beberapa siri kesilapan yang membuatkan mereka gagal untuk mempertahankan pendahuluan 2 gol milik mereka.

Kekalahan yang membuatkan mereka menghampiri pintu penyingkiran daripada UCL.

Di dalam saingan liga Man City juga masih bergelut untuk mendaki carta liga. Juara bertahan itu masih berdepan dengan isu konsistensi dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pep Guardiola sudah membuat beberapa pembelian untuk memperkuatkan semula pasukannya terutama sekali pemain pemain muda untuk menjadi masa depan kelab.