Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Itu situasi yang dialami oleh Manchester United selepas tewas dalam final Europa League.

Jaringan sendiri Luke Shaw ketika menentang Tottenham Hotspur menyebabkan United gagal untuk beraksi di peringkat Eropah musim hadapan.

Baca Juga:

Adidas Denda Manchester United

Manchester United
Kredit Foto: Action Images via Reuters/Jason Cairnduff

Menurut laporan GMS, United akan dikenakan penalti £10 juta daripada Adidas selepas gagal memastikan kelayakan Liga Juara-Juara untuk musim kedua berturut-turut.

Mengikut syarat perjanjian mereka dengan gergasi pakaian sukan Jerman itu, United harus menyertai UCL sekurang-kurangnya sekali setiap dua musim.

Manchester United
Kredit Foto: REUTERS/Scott Heppell

Kurang daripada penanda aras itu kini telah mencetuskan klausa dalam perjanjian yang mengurangkan nilai perkongsian.

Perkara ini juga menjejaskan belanjawan United untuk musim depan, yang pastinya sudah berkurangan akibat gagal melayakkan diri ke Eropah.

Manchester United
Bruno Fernandes

Satu-satunya cara untuk United mendapatkan dana bagi membeli pemain baharu musim depan ialah dengan menjual beberapa pemain utama dalam skuad musim ini.

Antara pemain yang mungkin dijual seperti Alejandro Garnacho, Joshua Zirkzee, Rasmus Hojlund, Marcus Rashford dan Antony.