Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil mendedahkan bahawa pihak Manchester United memuji keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Padang berada dalam keadaan cukup baik ketika pertembungan antara ASEAN All Stars bertemu kelab English Premier League (EPL) tersebut yang berlangsung kelmarin.
Baca Juga:
- Satu Lagi Konsert Mega Uji Padang SNBJ Sebelum Aksi Piala AFF
- Datuk Ong Kim Swee Bengang Padang SNBJ Punca Pemain Sabah Cedera
- Tanpa Ultras Malaya, SNBJ Ibarat ‘Sepi Kayak Kuburan’
Menurut sumber laporan My Metro, wakil Manchester United jelas terkejut melihatkan kepada fasiliti terbaik dimiliki Malaysia.
Malah, berkemungkinan akan ada kerjasama antara pihak PSM dan pasukan tangga ke-15 EPL 2024/25 itu dalam menangani masalah berkaitan padang di Old Trafford.

Padang SNBJ Dapat Pujian
“Alhamdulillah, semasa perlawanan Manchester United, padang berada dalam keadaan sangat baik.”
“Malah, ‘grounds keeper’ dari Old Trafford sendiri hadir dan memuji keadaan padang kami,” ujar Iliyas bercakap kepada My Metro.
“Kami mungkin akan bekerjasama dengan pengurusan stadium Old Trafford kerana mereka juga menghadapi masalah yang sama seperti kami, terutama di bahagian penjuru padang.”

“Mungkin mereka akan mendapat sentuhan daripada pasukan kami,” tambah beliau lagi.
Pujian yang diberikan sekali gus memberi isyarat bahawa SNBJ mampu menjadi rujukan serantau bahkan antarabangsa dalam aspek penyelenggaraan padang.
Jika kerjasama ini menjadi kenyataan ia bukan sahaja memberi impak positif kepada reputasi SNBJ, malah mampu mengangkat imej Malaysia sebagai hab sukan antarabangsa.