Penjaga gol skuad kebangsaan Jerman, Manuel Neuer mengambil keputusan untuk bersara dari pentas antarabangsa pada usia 38 tahun selepas beraksi dalam 124 perlawanan bersama pasukan itu.

Neuer mengambil keputusan ini pada Rabu lalu dimana beliau tampil buat kali pertama bersama Jerman pada 2009 dan membuat penampilan terakhir ketika temasya Euro 2024 peringkat separuh akhir yang mana mereka tewas kepada Sepanyol.

Baca Juga:

“Hari ini (semalam) menandakan tamatnya karier saya dalam pasukan bola sepak kebangsaan Jerman,” tulis Manuel Neuer di Instagram miliknya.

“Sesiapa yang mengenali saya tahu bahawa saya tidak mengambil mudah keputusan ini. Saya berasa sangat sihat dari segi fizikal dan sudah tentu meletakkan sasaran untuk Piala Dunia 2026 yang mana menarik minat saya.

“Mengimbas kembali hari ini, saya berasa bangga dan bersyukur. Tidak kurang kerana pada 13 Julai 2014 kami dapat memenuhi impian besar kami dan bersama-sama menjadi juara dunia di Brazil.

“Selama 7 tahun dan 61 perlawanan, saya dibenarkan – sehingga kecederaan saya – untuk mengetuai pasukan kebangsaan Jerman sebagai kapten di atas padang. Satu penghormatan yang saya hargai setiap masa.

“Namun saya membuat keputusan bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk menamatkan babak saya dalam pasukan kebangsaan,” tambahnya.

Neuer membantu Jerman memenangi Piala Dunia 2014 di Brazil dimana mereka menewaskan Argentina menerusi jaringan tunggal Mario Gotze di perlawanan akhir.

Selain Neuer, tiga lagi pemain iaitu İlkay Gündoğan, Toni Kroos dan Thomas Müller turut mengumumkan persaraan mereka di pentas antarabangsa bagi memberi laluan kepada pemain muda untuk membawa cabaran seterusnya.