Segelintir pemain Bayern Munich dilaporkan ‘terkejut’ dengan kaedah yang diterapkan oleh pengendali pasukan, Vincent Kompany walaupun skuad Bavaria itu bermula baik pada musim ini.

Selepas tiga perlawanan Bundesliga, Bayern mencatatkan rekod kemenangan bersih dan turut bermula baik dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2024/25 dengan membelasah Dinamo Zagreb 9-2.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Disebalik permulaan positif itu, masalah sudah mula kedengaran di dalam bilik persalinan kelab gergasi Jerman tersebut.

Menurut sumber laporan Goal, ada pemain Bayern Munich telah menyuarakan kebimbangan mereka bahawa terdapat perkara yang tidak jelas dalam keputusan dibuat Kompany.

Mereka merasakan bahawa gaya komunikasi diterapkan pengurus berusia 38 tahun itu kurang memuaskan.

Difahamkan ketika aksi liga menentang Holstein Kiel, Vincent Kompany hanya memaklumkan senarai pemain yang akan diturunkan melalui aplikasi WhatsApp sehari sebelum perlawanan.

Walaupun mencatatkan keputusan positif dengan kemenangan 6-1, cara pemain diberitahu tentang status mereka di atas padang telah menyebabkan rasa tidak senang dalam kalangan mereka.

Pemain yang beraksi baik pada perlawanan menentang SC Freiburg (sebelum aksi dengan Holstein Kiel) iaitu Aleksandar Pavlovic, Mathys Tel, dan Michael Olise diletakkan di bangku simpanan dimana Kompany memilih untuk membariskan Sacha Boey, Joao Palhinha, dan Kingsley Coman.

Selain itu, Thomas Muller bersama-sama Leroy Sane dan Alphonso Davies turut tidak disenaraikan di kesebelasan utama dengan Leon Goretzka pula langsung tiada dalam skuad ketika itu.

Penggiliran pemain memang perkara biasa buat seorang pengurus untuk memastikan pemain berada dalam keadaan cergas, namun ketidakpastian dan kekaburan mengenai pemilihan telah menyebabkan ketidakpuasan buat para pemain mereka.

 

Sumber