Situasi buruk yang berlaku jelas membuatkan pengendali Bayern Munich, Thomas Tuchel pening kepala hingga terpaksa akur perlu mengucapkan selamat tinggal kepada kelab tersebut pada musim panas nanti.

Memiliki kontrak sehingga Jun 2025, khidmat Tuchel bagaimanapun tidak diperlukan lagi kelab Bavaria itu susulan prestasi hambar skuad kendaliannya dalam kempen liga musim ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Bayern Munich pada ketika ini ketinggalan lapan mata dibelakang pendahulu liga, Bayer Leverkusen yang masih unggul tanpa sebarang kekalahan selepas mengharungi 22 perlawanan.

Manakala, Bayern Munich pula sudah mengalami empat kekalahan dimana dua aksi terakhir saingan Bundesliga menyaksikan mereka tumpas ditangan Leverkusen dan VFL Buchom.

Menurut sumber Goal, skuad Bayern Munich kini sudah berpecah kepada dua kem iaitu kem menyebelahi Tuchel dan kelompok anti-Tuchel.

Rekrut baharu seperti Harry Kane,Raphael Guerreiro dan Eric Dier bersama-sama Manuel Neuer, Leroy Sane serta Jamal Musiala merupakan kumpulan yang berdiri teguh dibelakang pengurus kelahiran Jerman berusia 50 tahun itu.

Manakala kelompok yang jelas tidak menggemari Tuchel adalah pemain seperti Thomas Muller, Joshua Kimmich, Serge Gnabry, Leon Goretzka, Matthijs de Ligt dan Mathys Tel.

Muller tidak mendapat tempat dihati Tuchel kerana beliau merasakan pemain veteran itu tidak sesuai dengan sistem dimainkannya. Keadaan yang menyaksikan Muller lebih banyak diturunkan sebagai pemain gantian.

Manakala terdapat keretakan hubungan melibatkan Kimmich yang dikatakan bergaduh dengan penolong pengurus beberapa hari lalu.

 

Sumber