Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann berkata, pasukannya tetap akan menurunkan skuad terkuat berdepan Harimau Malaya pada aksi terakhir kumpulan E Piala Asia 2023 esok.
Ini kerana mereka sememangnya mahukan kemenangan besar untuk mara ke pusingan 16 selaku juara kumpulan selepas mencatat keputusan seri 2-2 menentang Jordan.
Baca Juga:
- Piala Asia 2023: Dion Cools Ada Ramuan Sekat Korea Selatan
- Bapa Son Heung-min Tidak Yakin Korea Selatan Mampu Menjuarai Piala Asia 2023
- Nama Kim Pan Gon Dan Harimau Malaya ‘Viral’ Di Korea Selatan
Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah kerana pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-Gon cukup mengenali beberapa pemain Korea Selatan.
“Sudah pasti Kim Pan-gon mengenali pemain-pemain saya kerana beliau pernah melatih mereka sebelum ini. Beliau juga cukup tahu kemampuan setiap pemain saya.
“Tetapi kami akan turun dengan pendekatan yang betul iaitu dengan meletakkan tekanan tinggi dari awal perlawanan untuk cuba mendapatkan tiga mata penuh,” kata Klinsmann.
조별리그 마지막 경기 말레이시아전!
축구팬 여러분의 많은 응원 부탁드립니다!👍🏻✔2023 AFC 아시안컵 조별리그 3차전
🇰🇷v🇲🇾#말레이시아 24.01.25(목) 20:30
🏟 알자누브 스타디움
⏰한국시간 기준 📍카타르
📺tvN, 티빙, 쿠팡플레이#AsianCup2023 #대한민국 #축구국가대표팀 #아시아_정상을_향해 pic.twitter.com/JiQnI2IZbf— theKFA (@theKFA) January 24, 2024
Klinsmann juga menjangkakan perlawanan menentang Malaysia bakal berlangsung sengit selepas melihat aksi Harimau Malaya tewas tipis 0-1 kepada Bahrain.
“Mereka telah belajar banyak perkara daripada perlawanan pertama (kalah 0-4 lawan Jordan) dan bermain lebih baik ketika perlawanan kedua (menentang Bahrain.
“Kami rasa perlawanan menentang Malaysia esok akan jadi lebih sukar. Tiada perlawanan yang mudah tidak kira negara mana anda bertemu.
“Mereka semua cukup bagus, mereka semua bermotivasi tinggi, berlawan dan beremosi,” tambah Klinsmann.
Selain itu, Korea Selatan juga berdepan isu kecederaan apabila beberapa tonggak pertahanan kiri dan kanan kemungkinan tidak beraksi esok.
“Kami mempunyai pilihan yang berbeza. Anda akan berjumpa dengan mereka esok,” katanya sambil tersenyum.
Antara pemain yang bakal mengisi kesebelasan utama Korea Selatan terdiri daripada bintang Tottenham Hotspurs, Son Heung Min, pemain PSG, Lee Kang In dan pertahanan Bayern Munich, Kim Min Jae.