Penyerang Bayern Munich, Harry Kane jelas amat menghormati bekas kelabnya, Tottenham Hotspur apabila kedua-dua pasukan bertemu di London malam tadi.

Bayern mencatatkan kemenangan 3-2 hasil jaringan Dayot Upamecano, Serge Gnabry dan Thomas Muller yang sekali gus menerima Piala Pra-Musim Visit Rwanda.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Kane yang memegang statistik 280 jaringan dalam 435 penampilan bersama Tottenham Hotspur dan seorang lagi bekas pemain kelab tersebut, Eric Dier diturunkan pada separuh masa kedua.

Namun meskipun sudah semusim meninggalkan kelab itu, Kane masih menghormati kelab dan para penyokong pasukan dengan tidak menjulang piala yang dimenanginya itu.

Tular di media sosial menyaksikan Kane memberikan lilitan kapten kepada Joshua Kimmich dan dilihat beberapa kali menggelengkan kepala ketika dipujuk oleh rakan sepasukannya itu.

Keengganan beliau untuk menjulang piala it merupakan tanda penghormatan Kane terhadap kelab yang menaikkan namanya walaupun tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan.

Pencapaian terbaiknya bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu ialah ketika muncul naib johan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2018/19 serta dua kali mara ke pentas final Piala Liga (kini dikenali Piala Carabao).

Penghijrahannya ke Bayern Munich juga masih belum mampu menamatkan penantian panjang tersebut selepas kelab Bavaria itu hanya menamatkan kempen Bundesliga di kedudukan kedua.

Manakala, Bayern turut tewas pada DFL Super Cup dan tidak berjaya mara ke perlawanan akhir DFB Pokal.

 

 

 

Sumber