Penyerang skuad kebangsaan England dan Bayern Munich, Harry Kane bukan sahaja memiliki naluri pemusnah yang hebat dalam merobek gawang pasukan lawan.

Malah, kekayaan pemain berusia 31 tahun itu dikatakan semakin menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh satu tahun.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut laporan beberapa media luar negara, kekayaan Kane pada awal tahun dikatakan bernilai £75 juta (kira-kira RM421,674,707.76).

Namun, angka tersebut telah meningkat dengan cukup ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini berikutan perjanjian penajaan diterimanya.

Hanya dalam tempoh masa setahun, kekayaan Harry Kane sudah meningkat kepada £91 juta (RM511,293,864.21).

Seperti yang dilaporkan oleh Goal, Kane telah memperoleh £10.8 juta melalui perjanjian penajaan yang diuruskan oleh firma hak imejnya.

Selain itu, beliau menerima kira-kira £400,000 seminggu gaji di Bayern Munich, manakala nilai firma hartanahnya telah meningkat sebanyak £2 juta kepada £15 juta.

Dalam pada itu, Kane juga telah memperoleh perjanjian tajaan yang menguntungkan dengan jenama besar seperti Skechers, Mars, Cadbury, Amazon, Topps dan banyak lagi.

Mars merupakan salah satu syarikat milik persendirian terbesar di Amerika Syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan produk-produk seperti gula-gula, gula-gula getah, makanan haiwan peliharaan serta menyediakan perkhidmatan penjagaan haiwan.

Syarikat hak imejnya, HK28 Ltd, melaporkan wang tunai dan aset terkumpul sebanyak £11 juta untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2023, dan kini menggaji sembilan orang, peningkatan dari lapan orang pada tahun sebelumnya.

HK28 Ltd yang turut dikenali sebagai ‘The Harry Kane Company’ bertindak dalam menguruskan segala urusan bola sepak, perniagaan dan kerja kebajikan pemain tersebut.

Kapten England itu juga terlibat dalam sektor hartanah, Edward James Investments Limited, di mana beliau bertindak selaku pengarah bersama keluarganya.

Akaun terkini menunjukkan perniagaan itu mempunyai wang tunai sebanyak £2.2 juta dan hartanah bernilai £15 juta.

Tidak cukup dengan itu, Kane juga telah melabur dalam jenama pakaian mesra alam, Reflo dan teknologi GPS dalam sukan, STATSport serta syarikat donat rendah kalori, Urban Legend.

Walaupun masih tiada piala dimenangi Kane sepanjang kariernya yang menjadi bahan ketawa peminat tetapi apa dikecapi dalam karier dan pelan masa hadapannya cukup mengagumkan.