Pelumba Ducati Lenovo Team, Marc Marquez mengekalkan permulaan sempurna dalam musim MotoGP 2025 selepas memenangi perlumbaan ‘Sprint’ Grand Prix America pada awal pagi tadi untuk meneruskan rekod cemerlangnya.
Marquez telah menjadi pelumba pertama yang meraih lapan petak pertama di satu litar apabila dia mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan pada awal pagi semalam.
Baca Juga:
- MotoGP: Enea Bastianini Cemerlang Tawan GP Malaysia 2023
- Alami Cuaca Buruk, Indonesia Guna Khidmat Bomoh Untuk ‘Tolak Hujan’ Pada Acara MotoGP
- Petugas Kebersihan Mengeluh, MotoGP Mandalika Hasilkan 26 Tan Sampah Dalam Sehari
Kejayaan itu juga merupakan kemenangan kelima buatnya iaitu bagi tiga perlumbaan Sprint dan dua perlumbaan musim ini telah membantu Marquez mengumpul 86 mata.
Sebelum ini beliau menyapu bersih kedua-dua perlumbaan di Grand Prix Thailand dan Argentina. Lebih menarik adik beliau, Alex Marquez yang menunggang Gresini Racing MotoGP terus berada di kedudukan kedua.

Manakala bekas juara dunia, Francesco Bagnaia pula berada di kedudukan ketiga sambil diekori dua pelumba Pertamina Enduro VR46 Racing Team iaitu Fabio Di Giannantonio serta Franco Morbidelli
“Terlalu rapat, terlalu rapat! Keadaan trek berubah banyak dengan suhu panas. Pada pusingan pertama, saya menekan dengan cara biasa seperti pagi tadi, tetapi tiba-tiba saya sedar bahawa cengkaman trek lebih teruk,” kata Marc Maraquez menurut sumber laporan Reuters.
“Ia sangat rapat tetapi ia adalah perjuangan yang menarik menentang Pecco (Bagnaia) dan Alex. Tetapi pada akhirnya, apabila saya memasukkan rentak saya, saya cuba mengawal jurang.”
“Saya melakukan satu lagi kesilapan tetapi kemudian saya menekan lagi. Jadi untuk esok, kita perlu bekerja sedikit pada bahagian belakang, tetapi selain daripada itu, motosikal berfungsi dengan sangat baik.”