Sejak semalam media sosial digemparkan dengan penampakan kelibat pelakon Hollywood terkenal Mark Wahlberg di Pulau Pinang.

Menerusi video yang tular, pelakon tersebut sedang melakon babak menaiki sebuah Perodua Kelisa.

Sementara itu, dalam satu hantaran Threads @qistinaazmii, Mark Walhberg dirakam duduk berehat di hadapan gerai snek makanan ringan.

“Mark Wahlberg pun duduk datang lepak kedai muruku kami. Anda semua bila lagi?” kata Threads @qistinaazmii.

Lepak Depan Gerai Jajan, Mark Wahlberg 'Shooting' Di Pasar Pagi Lorong Kulit
Sumber Gambar: Threads @qistinaazmii

Pelakon itu dipercayai melakukan penggambaran di Pasar Pagi Lorong Kulit untuk filem terbaharu Netflix.

The Big Fix merupakan sebuah filem thriller jenayah Amerika Syarikat akan datang arahan Baltasar Kormákur, yang menampilkan barisan pelakon utama seperti Riz Ahmed, Mark Wahlberg, Zlatko Burić dan Chin Han.

Filem ini mengisahkan tentang seorang bekas pegawai Interpol yang bertugas di dalam Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah membongkar satu operasi mengatur perlawanan global.