Setiap entiti business mempunyai cara marketing mereka sendiri bagi memastikan masyarakat sedar dengan kewujudan syarikat dan juga produk yang ditawarkan.

Baru-baru ini, tular di laman media sosial yang menunjukkan sepasang suami isteri bergaduh di sebuah pasar raya yang mana si suami mencampak barang ke lantai.

Baca Juga:

Selepas tular dan menjadi bahan perbincangan, kejadian tersebut hanyalah marketing dari salah satu pasar raya ternama tanah air.

Marketing Bertukar Kepada Persepsi Negatif

Bukan setakat tular, malah video tersebut telah mengundang persepsi negatif dari orang bukan beragama Islam di media sosial.

Ramai pengguna dari luar negara yang mengutuk tindakan tersebut malah ada yang beranggapan itu merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh suami terhadap isteri beragama Islam.

Marketing

“Kami tahu lelaki Islam tidak memandang wanita setaraf malah sebagai hamba mereka.

“Kami juga tahu keganasa rumah tangga merupakan hal yang biasa dalam budaya mereka,” tulis seorang pengguna.

“Kalau suaminya melayang isteri seperti itu di khalayak ramai, bayangkan apa yang berlaku di rumah mereka,” tulis seorang lagi.

Marketing

Ini boleh dijadikan pengajaran oleh semua pihak agar lebih berhati-hati dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan agar tidak memberikan imej negatif terhadap mereka.