Baru-baru ini, ini masa media sosial di Malaysia meriah dengan perkongsian menarik yang melibatkan pasukan dan pemandu Formula 1.

Walaupun mereka sedang dalam persediaan untuk perlumbaan yang bakal berlangsung, ramai antara mereka memilih untuk singgah dan menghabiskan masa di Malaysia.

Apa yang lebih membanggakan adalah cara mereka meneroka negara ini secara santai.

Mereka tidak sekadar berehat, malah secara tidak langsung mempromosikan keunikan budaya, seni bina, dan destinasi pelancongan kita ke mata dunia.

PASUKAN GERGASI F1 JADI DUTA TIDAK RASMI MALAYSIA

Pengendali media sosial bagi pasukan-pasukan F1 dilihat meletakkan usaha seratus peratus untuk mempamerkan keindahan Malaysia di platform rasmi mereka.

Pasukan gergasi seperti Aston Martin, McLaren, dan Haas benar-benar menghargai kecantikan serta keunikan negara kita.

Pasukan McLaren, sebagai contoh, telah memuat naik gambar di sekitar Kuala Lumpur yang memaparkan keunikan Pasar Seni, kemegahan Jalur Gemilang, serta kepelbagaian makanan jalanan tempatan yang menyelerakan.

Mereka turut berseloroh di ruangan kapsyen bahawa memori kamera mereka mungkin sudah penuh dengan gambar-gambar menarik sepanjang berada di sini.

Sementara itu, Aston Martin pula tidak melepaskan peluang mempamerkan keindahan alam semula jadi dan keunikan seni bina tempatan seperti di Batu Caves.

PERCUTIAN SANTAI PEMANDU F1 SEBELUM BERAKSI

Bukan sahaja pengurusan pasukan, malah pemandu F1 sendiri dilihat sangat menikmati masa terluang mereka seumpama sedang bercuti sakan.

George Russell dan Oscar Piastri, sebagai contoh, memilih untuk meluangkan masa bersama dengan bercuti ke Langkawi sambil bergambar berlatarbelakangkan kawasan air terjun yang mendamaikan.

‘Marketing Percuma Terbaik’ — Pasukan Gergasi F1 Dipuji Jadi ‘Duta Tidak Rasmi’ Promosi Malaysia
Sumber Gambar: Threads

Valtteri Bottas pula kekal aktif dengan hobi berbasikalnya menerokai ceruk kawasan, sehinggakan beliau memuat naik pemandangan menarik ketika menaiki bot kecil merentasi sungai bersama basikalnya.

Lebih mencuit hati, terdapat juga beberapa pemandu yang keluar berbasikal dan berehat secara bersahaja sambil duduk di atas lantai di hadapan sebuah kedai runcit tempatan.

@moracadventurepark

F1 drivers just raced at Morac Adventure Park 🏎️ How many can you name? Drop your guesses below 👇 In Malaysia for the Bahrain GP at Sepang, they came to Langkawi to race our 1.3 km, 21-turn circuit. Fastest lap of the session: 1:24.214 ⏱️ Think you can beat it? 🏁 No booking needed. Walk in and hit the track at Pantai Cenang, 5 minutes from the airport. Solo karts 12+ (150 cm), with 2-seaters for younger racers. #F1 #Formula1 #BahrainGP #BahrainGPinMalaysia #SepangCircuit

♬ original sound – Morac Adventure Park Langkawi – Morac Adventure Park Langkawi

Aktiviti mereka tidak terhenti di situ sahaja, malah ada juga yang mengisi baki tempoh sebelum perlawanan dengan bermain go-kart dan mandi-manda di taman tema bagaikan rakyat biasa yang sedang menikmati cuti hujung minggu yang berharga.

RAKYAT MALAYSIA TERHARU DAN BERTERIMA KASIH

Melihat kepada lambakan hantaran yang sangat positif ini, rakyat Malaysia rata-ratanya meluahkan rasa terharu dan bangga. Banyak komen di media sosial menyifatkan perkara ini sebagai satu bentuk pemasaran pelancongan secara percuma yang berskala besar untuk negara kita.

Ada juga netizen tempatan yang menggelar pasukan dan pemandu F1 ini sebagai duta tidak rasmi Malaysia kerana impak hebahan mereka.

Walaupun tumpuan perlumbaan sebenar adalah di litar antarabangsa yang lain, namun nama Malaysia pula yang lebih menonjol dan hangat diperkatakan di pelbagai platform.

Kehadiran bintang-bintang sukan pemotoran dunia ini membuktikan bahawa pesona budaya, seni bina, dan keramahan rakyat Malaysia sentiasa mempunyai daya tarikan yang luar biasa.

Melalui perkongsian indah percutian mereka ini, ia secara tidak langsung mengubat rindu peminat F1 tempatan dan membuatkan ramai yang tertanya-tanya, adakah ini petanda litar antarabangsa kebanggaan kita bakal membuat kemunculan semula dalam kalendar perlumbaan pada tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan.