Marks & Spencer (M&S) telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituduh menyiarkan sebuah gambar Instagram yang didakwa sebagai topi kertas Krismas tetapi berwarna seakan-akan warna bendera Palestin yang dibakar.

Kandungan sosial media tersebut yang difahamkan digunakan untuk salah sebuah iklan TV menunjukkan topi berwarna merah, hijau dan perak dibakar dengan M&S memberi alasan bahawa sebahagian orang tidak gemar memakai topi krismas tersebut.

Baca Juga:

Selepas teruk dikecam, jenama tersebut membuang foto tersebut dan berkata kandungan sosial media tersebut telah dirakam pada Ogos lalu, sebelum konflik Palestin dan Israel berlaku.

Ia berkata topi itu adalah “topi kertas Krismas tradisional, berwarna perayaan merah, hijau dan perak. Kami telah mengalih keluar kandungan tersebut selepas menerima maklum balas dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruang yang tidak disengajakan,” tambah M&S dalam satu kenyataan yang disiarkan kepada X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, pada malam Rabu.

Gambar itu mendapat kritikan daripada beberapa pengguna media sosial yang mendakwa terdapat persamaan antara warna topi tersebut dengan bendera Palestin.

Seorang pengguna media sosial menyatakan bahawa ia sengaja dilakukan. Tambah-tambah lagi M&S adalah sebuah jenama besar yang mempunyai pelbagai jabatan yang akan memastikan setiap kandungan yang keluar tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

 

Bagaimanapun, sebahagian pula mempertahankan jenama tersebut dengan menyatakan bahawa ia adalah warna tradisional Krismas dan jenama itu tidak ada kaitan dengan sebarang konflik yang terjadi di Timur Tengah.

Penyampai Queer Eye, Tan France, yang menjadi model bagi iklan tersebut, berkata di Instagram, “Iklan itu dirakam pada bulan Ogos, anda mungkin sampai dengan komen yang tidak masuk akal.”