Brazil memperbaiki rentak permainan mereka pada separuh masa kedua untuk bangkit daripada ketinggalan dan mengatasi cabaran mendebarkan dari Jepun.
Jepun, yang turun dengan semangat juang tinggi, mengejutkan Brazil apabila Kaishu Sano berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-29, meletakkan Samurai Biru di hadapan.
Gol tersebut menyemarakkan lagi keyakinan Jepun untuk mencipta kejutan, dan mereka bertahan dengan kental, menyukarkan Brazil untuk mencari gol penyamaan.
Brazil terus menyerang namun separuh masa pertama tiada gol yang dihasilkan oleh Brazil kerana terlalu tumpul di hadapan gol.
Pada separuh masa kedua, kemasukan pemain seperti Endrick benar benar mengubah tempo permainan.
Brazil menjadi lebih laju, lebih cair [fluid] dalam gerakan mereka.
Casemiro kemudian menyamakan kedudukan menerusi tandukan kemas pada minit ke-56, hanya beberapa minit selepas Brazil terlepas peluang berharga di hadapan gol.
馃毃馃挭 Casemiro vs. Japan:
路 1 goal
路 89% pass accuracy
路 2 shots
路 1 big chance missed
路 91 touches
路 8 defensive contributions
路 4 recoveries pic.twitter.com/iYqycfPdC9— The Touchline | 饾悡 (@TouchlineX) June 29, 2026
Jepun terus kekal dengan sistem defensif. Dan Brazil pula kelihatan benar benar berkeringat untuk mencari gol kedua.
Kemasukan Gabriel Martinelli ternyata pilihan tepat Ancelotti. Penyerang Arsenal itu berjaya menewaskan Suzuki pada lewat masa kecederaan minit ke90+5.
Ia sekali gus memastikan Brazil melangkah ke pusingan seterusnya.
馃摳 – THE JAPAN PLAYERS ARE CRYING! pic.twitter.com/vOFMKKUq5f
— The Touchline | 饾悡 (@TouchlineX) June 29, 2026
Brazil mara ke pusingan 16 akhir dalam usaha mereka mencari kejuaraan dunia keenam.