Kecoh pada pagi ini apabila syarikat penerbangan MYAirline mengumumkan pergantungan operasi yang berkuat kuasa serta-merta bermula hari ini.
Hal ini membuatkan para penumpang MYAirline yang sudah menempah tiket penerbangan terpaksa mencari altenatif lain dalam merancang perjalanan mereka.
Baca Juga:
- Alami Masalah Kewangan, MYAirline Menggantung Operasi Serta-Merta Bermula Hari Ini
- Tony Fernandes Sedia Berunding Untuk Santan Jadi Solusi Isu Katering Malaysia Airlines
Terbaharu, tiga syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air nampaknya tidak mengambil masa panjang dalam usaha untuk membantu para penumpang MYAirline yang sudah membuat tempahan tiket penerbangan.
Difahmkan Malaysia Airlines mengumumkan sedia untuk bekerjasama bersama MYAirline dalam membantu para penumpang yang terkesan untuk membolehkan terbang antara Kuala Lumpur, Kinabalu, Langkawi dan Bangkok.
Sementara itu, Batik Air pula menawarkan tiket penerbangan rendah buat beberapa laluan terpilih dari Kuala Lumpur. Para penumpang berpeluang terbang ke Penang serendah RM129, Langkawi serendah RM159, Kuching serendah RM199 manakala penerbangan ke Bangkok dan Kota Kinabalu ditawarkan serendah RM299 satu hala.
Penerbangan harga rendah ini sedia ditawarkan buat para penumpang yang terkesan sehingga 30 November ini mengikut kekosongan.
Selain itu, AirAsia juga turut menawarkan solusi buat para penumpang MYAirline dengan menawarkan diskaun penerbangan sebanyak 50% untuk penerbangan melibatkan Kuala Lumpur, Langkawi, Penang, Tawau,Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Tawau dan juga Bangkok sehingga akhir November ini.
Sehubungan dengan itu, diharapkan solusi yang ditawarkan tiga syarikat penerbangan ini sedikit sebanyak dapat meringan beban serta membantu para penumpang yang terkesan terbang tanpa menganggu urusan yang sudah ditetapkan.