Pelakon dan penyanyi Janna Nick akhirnya menamatkan teka-teki netizen apabila sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Dini Schatzmann dengan sekali lafaz tepat jam 8.35 pagi di Pulau Langkawi.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner bin Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman bin Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Baca Juga:
- Berkopiah Dan Berwajah Tenang, Hafidz Roshdi Tiba Di Mahkamah Bagi Sebutan Kes Pukul Isteri
- Mesra Berpelukan Bersama Lelaki, Gambar Janna Nick Atas Katil Undang Kecaman Netizen
- Selepas Dedah Status ‘Single’, Janna Nick Dipercayai Pergi Cari Ketenangan Di Eropah
Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 dan seutas rantai emas. Jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.
Upacara pernikahan tersebut dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat serta beberapa rakan artis yang rapat dengan mereka.
Terdahulu, Janna menimbulkan spekulasi hubungan dengan Dini sudah berakhir apabila memuat naik perkongsian video memaparkan statusnya kini ‘single’ melalui hantaran di TikTok lalu ‘membawa diri’ ke Eropah.