Nama Khairulaming tidak lagi perlu diperkenalkan kerana dirinya cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Sentiasa berkongsi resipi ringkas tapi sedap, Khairulaming berjaya mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia.

Semalam, Khairulaming telah berkongsi video resipi spaghetti carbonara dan pastinya telah menjadi perhatian ramai. Lebih mengujakan, video masakan tersebut mendapat perhatian chef terkemuka Singapura, Ghazalee Ibrahim.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dalam satu tweet, Ghazalee Ibrahim telah memuji dan kagum dengan resipi yang ditunjukkan Khairulaming kerana hadir dengan cara sebenar memasak spaghetti carbonara. Mana tidaknya, Khairulaming tidak menggunakan susu dan juga keju biasa seperti ramai orang kongsikan dalam video masakan mereka.

Untuk pengetahuan anda, spaghetti carbonara secara tradisional dimasak dengan telur kuning dan tidak ditambah susu seperti banyak resipi yang tular di media sosial. Oleh itu, Ghazalee mengatakan resipi ditunjukkan Khairulaming merupakan tutorial masak yang betul.

Perkongsian Ghazalee mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut berbangga dengan Khairulaming kerana namanya kini mendapat perhatian chef dari negara luar.

https://twitter.com/ainaaasams/status/1384124231286353922

Malah, para netizen turut mengatakan mereka kagum melihat hasil masakan Khairulaming dan ada juga yang berkongsi sering masak seperti yang ditunjukkan oleh Khairulaming. Bagi anda yang belum mencuba, jangan lupa cuba resipi ini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa resipi menarik untuk berbuka puasa nanti. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’

Lebih 86K ‘Shares’, Ini Resipi Mee Champa Yang Sedap Dan Mudah Pasti Buat Anda Terliur

Jimat Dan Mudah, Ini Resipi Ayam Ala Kenny Roger Yang Sedap Untuk Anda Cuba