Bekas Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici telah berkongsi tentang kesan perpindahan berprofil tinggi Cristiano Ronaldo ke Turin.
Pada tahun 2018, Juventus mengejutkan dunia dengan menandatangani Cristiano Ronaldo dari Real Madrid dengan yuran melebihi €100 juta.
Ketika itu, Bianconeri telah mendominasi Serie A selama hampir sedekad dan telah mencapai dua final UEFA Champions League (UCL) dalam tempoh lima tahun sebelumnya.
Kehadiran penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam saingan itu pada mulanya dilihat sebagai pelengkap terakhir untuk memastikan dominasi Eropah, namun perpindahan tersebut akhirnya berlaku seiring dengan tempoh kemerosotan prestasi serta ketidakstabilan kewangan yang melanda gergasi Itali itu.
Kedatangan Cristiano Ronaldo Beri ‘Masalah’ Buat Juventus
Sehubuangn dengann itu, Paratici mengakui bahawa kecekapan luar biasa penyerang itu telah mewujudkan ‘masalah’ yang tidak dijangka dalam skuad.
“Berharga untuk Juventus, penting untuk semua orang, sama seperti [Jose Mourinho] di AS Roma. Satu kejuaraan memerlukan pemain hebat.”
“Kami semua mahukan UCL, dan kami boleh memenanginya pada tahun pertama kami. Disingkirkan oleh Ajax masih terlintas dalam ingatan saya.”
Walaupun statistik individu Cristiano Ronaldo sangat mengagumkan dengan 101 gol dalam 134 penampilan, Fabio Paratici menyatakan bahawa kebolehpercayaan Ronaldo di hadapan gol secara tidak langsung membawa kepada rasa selesa dalam kalangan rakan sepasukannya.
Daripada mendorong pasukan ke tahap lebih tinggi, kehadiran bintang berusia 41 tahun itu didakwa membolehkan sebahagian pemain lain dalam skuad yang sudah pun memenangi pelbagai trofi menjadi sedikit leka dalam detik-detik tertentu.
“Masalahnya ialah dengan menjaringkan satu gol setiap perlawanan, Cristiano Ronaldo menjadikan hidup terlalu mudah untuk rakan sepasukannya, yang sudah pun memenangi begitu banyak kejuaraan.”
“Itulah sebabnya kami menukar jurulatih, untuk melakukan perubahan dan ‘shake-up’ dalam pasukan,” ujar Paratici menurut sumber laporan Goal.