Beberapa kelab di Liga Pro Saudi dilaporkan tidak membayar gaji pemain import mereka sejak beberapa bulan yang lalu.
Tunggakan gaji pemain import ini berlaku setelah kelab kelab ini tidak mampu lagi menampung kos gaji pemain yang tinggi.
Kelab kelab yang terlibat dengan tunggakan gaji pemain termasuk, Al Oruba, Al Khoolood, Al Safa dan beberapa lagi kelab lain lagi.
Pemain pemain import ini dikatakan sudah merancang mahu mogok dan membawa kes ini kepada FIFA.
Mereka berdepan masalah besar kerana kutipan tiket pada hari perlawanan yang sangat rendah.
Pendapatan kelab tidak stabil dengan penaja tidak banyak yang menaja mereka.
Berbeza dengan kelab kelab yang digelar big 4 di bawah pemilikan PIF – Al Hilal, Al Ittihad, Al Nassr dan Al Ahli. Di mana sumber kewangan mereka sangat besar, dan tidak begitu mengharapkan kutipan tiket hari perlawanan.
Isu kehadiran penyokong ini memang agak kritikal di Arab Saudi melibatkan pasukan bukan big 4.
Malah bekas capten Liverpool, Jordan Henderson sebelum ini pernah mengkritik stadium yang terlalu banyak kerusi kosong melibatkan kelab Al Ettifaq.
Plusieurs clubs d'Arabie saoudite (Al-Oruba, Al-Kholood, Al-Safa…) accusent des retards de salaire vis-à-vis de leurs joueurs étrangers. Certains hésitent à faire grève ou porter l'affaire devant la FIFA
Several clubs in Saudi Arabia (Al-Oruba, Al-Kholood, Al-Safa, etc.) are…
— Romain Molina (@Romain_Molina) November 17, 2024
Isu tunggakan gaji ini dijangka akan terus kritikal melibatkan kelab kelab kerdil di Liga Pro Saudi.
Ini kerana mereka cuba merapatkan jurang kualiti dengan kelab kelab di bawah PIF dengan menawarkan gaji yang tinggi kepada pemain import ini.
Dan ianya boleh mencemarkan imej Liga Pro Saudi yang sedang dalam revolusi untuk menarik bintang bintang ternama dari kelab eropah datang bermain di negara itu.
Selain itu itu Arab Saudi juga sedang sedaya upaya mahu menjadi kuasa baru dalam liga bola sepak di Asia terutamanya. Sebelum ini Cristiano Ronaldo melabel Liga Saudi lebih bagus daripada beberapa liga eropah yang lain seperti Liga Perancis.