Saingan Liga Arab Saudi menjadi destinasi pilihan bagi mana-mana pemain khususnya dari liga di sekitar Eropah untuk mendapatkan bayaran gaji yang tinggi sekaligus menjamin masa hadapan.

Baik yang sudah berada di hujung karier ataupun sedang berada di tahap peak, tawaran gaji tinggi yang diberikan oleh kelab Saudi nyata sukar untuk ditolak oleh pemain.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

10 Pembelian Termahal Kelab Arab Saudi

Berikut adalah 10 pembelian termahal yang pernah dilakukan oleh kelab Arab Saudi

10. Roger Ibañez – €28.5m (AS Roma ke Al-Ahli)

Arab Saudi
Roger Ibanez

Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh Ibanez bersama AS Roma berjaya menarik minat Al-Ahli untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan dari Brazil ini.

9. Jota – €29.1m (Celtic ke Al-Ittihad)

Arab Saudi
Jota

Salah seorang pemain sayap terbaik di Liga Scotland, perpindahan Jota ke Al-Ittihad nyata mengejutkan ramai pihak. Selepas satu setengah musim, pemain kelahiran Portugal itu kembali ke pangkuan Celtic pada jendela perpindahan musim sejuk baru-baru ini.

8. Sadio Mané – €30m (Bayern Munich ke Al-Nassr)

Arab Saudi
Sadio Mane

Perpindahan ke Bayern Munich tidak menjadi seperti yang diharapkan dimana beliau tidak menampilkan prestasi yang baik. Tidak sampai satu musim, kapten Senegal itu membawa diri ke Arab Saudi.

7. Riyad Mahrez – €35m (Man City ke Al-Ahli)

Arab Saudi
Riyad Mahrez

Tidak lagi menjadi pilihan Pep Guardiola di Manchester City membuatkan Mahrez memutuskan untuk berhijrah dengan menyertai Al-Ahli musim lalu.

6. Sergej Milinković-Savić – €40m (Lazio ke Al-Hilal)

Arab Saudi
Sergej Milinković-Savić

Beberapa kelab besar di Eropah berminat untuk mendapatkan khidmat Sergej tetapi Al-Hilal menawarkan jumlah gaji yang sangat lumayan dan meyakinkan pemain itu untuk berhijrah ke Arab Saudi.

5. Fabinho – €46.7m (Liverpool ke Al-Ittihad)

Arab Saudi
Fabinho

Rombakan di bahagian tengah Liverpool menjadi salah satu faktor mengapa Fabinho memutuskan untuk meninggalkan England dan menyertai Al-Ittihad.

4. Ruben Neves – €55m (Wolves ke Al-Hilal)

Arab Saudi
Ruben Neves

Perpindahan Neves ke Al-Hilal mengejutkan ramai pihak, memandangkan pada usia 26 tahun, dia berkemungkinan memperoleh kedudukan dalam kesebelasan utama beberapa pasukan Liga Juara-Juara di seluruh Eropah.

3. Malcom – €60m (Zenit St. Petersburg ke Al-Hilal)

Arab Saudi
Malcolm

Salah satu sebab mengapa Malcolm berhijrah ke Arab Saudi selepas merasakan Zenit tidak dapat memberikan masa bermain seperti yang diinginkan.

2. Jhon Duran – €77m (Aston Villa ke Al-Nassr)

Arab Saudi
Jhon Duran

Duran menjadi salah seorang pemain penting bagi Aston Villa dan beliau dianggap sebagai salah satu penyerang muda terbaik di dunia. Akan tetapi, pada usia 21 tahun, pemain ini memutuskan untuk beraksi bersama Cristiano Ronaldo di Al-Nassr.

1. Neymar – €100m (PSG ke Al-Hilal)

Arab Saudi
Neymar

Neymar dibawa masuk sebagai salah satu pemain berstatus bintang oleh Al-Hilal bagi membantu kelab untuk memburu kejuaraan. Selepas satu tempoh sukar bersama Hilal, pemain berusia 33 tahun ini kembali ke pangkuan kelab lamanya iaitu Santos.