Pulau Kapas merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia dan ia terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu.

Bukan itu sahaja, pantai Pulau Kapas yang putih dan bersih pastinya dapat membuatkan para pengujung berasa terkesima. Akan tetapi, menerusi sebuah perkongsian pengguna Facebook Fara Azianti, dia menzahirkan rasa tidak puas hati atas pihak pengurusan di Pulau Kapas.

Baca Juga:

Menurutnya, dia yang berkunjung ke Pulau Kapas baru-baru ini berasa seperti di ‘scam’ apabila perlu membayar perkhidmatan, tiket masuk di 3 kaunter berlainan. Lebih menyedihkan apabila kemudahan yang tersedia tidaklah terurus dengan baik.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana proses untuk menikmati percutian di pulau itu makin melecehkan.

Para netizen berpendapat sepatutnya hanya perlu satu kaunter bayaran merangkumi kesemua caj-caj yang dikenakan seperti bayaran masuk, perkhidmatan dan lain-lain.

Susulan penularan perkongsian itu, ada juga netizen yang pernah berkunjung ke Pulau Kapas menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di pulau terbabit.