Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Speak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam mengesahkan Kedah Darul Aman (KDA FC) tidak dibenarkan daftar pemain baharu dalam saingan Liga Malaysia musim 2024-2025.

Ini kerana kelab tersebut ada baki tunggakan gaji yang masih belum dilunaskan sehingga kini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kedah masih lagi tidak menyelesaikan kes yang membabitkan tuntutan pemain import Kipre Tchetche.

“Kita tengok sampai tarikh akhir nanti. Jika gagal, mereka hanya akan beraksi dengan pemain sedia ada sahaja (pemain musim lalu),” katanya dipetik dalam Arena Metro.

Menurut data rasmi di laman sesawang FIFA, larangan pendaftaran pemain baharu masih dikenakan ke atas KDA FC bermula pada tarikh 4 Mac 2024.

Antara pemain baharu yang menyertai skuad kendalian Nafuzi Zain itu ialah Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali serta tiga pemain import iaitu Sony Norde, Sukhrob Nurullaev dan Habib Haroon.

“Kedah (KDA FC) boleh beli sebanyak mana pemain yang mereka mahu tapi tidak boleh didaftar sehingga sekatan pendaftaran pemain oleh FIFA ditarik balik,” tambah Stuart Ramalingam.

Mereka perlu melunaskan tunggakan gaji sebelum tarikh tutup jendela perpindahan pertama Liga Malaysia (3 Mei 2024) untuk mendapatkan kebenaran FIFA mendaftar pemain baharu pada musim 2024-2025.

Beberapa hari lepas, MFL mengumumkan hukuman pemotongan tiga mata kepada KDA FC untuk saingan Liga Super musim 2024-2025 dan denda RM 50,000 atas kegagalan membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023.

Sekiranya KDA FC gagal membuat pembayaran penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 atau mengemukakan bukti dokumen kewangan untuk menyelesaikan pembayaran pada 20 April 2024 jam 5.00 petang maka Lesen Kebangsaan KDA FC boleh ditarik balik seterusnya kelab itu tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 2024-2025.