Tular satu klip video memaparkan kemalangan melibatkan sebuah kereta dilanggar motosikal dari belakang di lebuh raya.

Menerusi rakaman video dashcam, penunggang motosikal terbabit merupakan salah seorang ahli konvoi sekumpulan motosikal.

Baca Juga:

Ahli konvoi itu memotong kenderaan lain menggunakan lorong tengah di antara lorong kiri dan kanan jalan.

Semasa memotong, ada ahli konvoi yang saling tolak menolak antara satu sama lain.

Salah seorang daripadanya tidak dapat mengawal motosikal lalu merempuh di belakang kereta. Kemudian dia jatuh tercampak ke lorong kecemasan.

Hantaran video itu mendapat perhatian netizen. Ramai simpati dengan apa terjadi ke atas pemilik kereta.

Pada masa sama mengutuk tindakan mat motor yang berkonvoi secara berbahaya sehingga menjadi punca kemalangan.