Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menamatkan subsidi telur ayam gred A, B dan C sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil, petik Berita Harian.

Perkara itu diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu semasa berucap di perhimpunan bulanan.

Baca Juga:

Difahamkan penjimatan pemberian subsidi bahan makanan tersebut boleh dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak.

“Justeru saya berpandangan, sudah tiba masanya kementerian ini mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C,” katanya.

Pada Jun lalu, harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Sementara jumlah peruntukan peruntukan subsidi telur ayam untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM927 juta.