Jauh perjalanan, luas pemandangan — seorang wanita berjumpa mat saleh meniaga Ais Batu Campur (ABC) di Sweden.
Menerusi perkongsian video TikTok @wawawandering__, beliau merakam seorang mat saleh mengayuh basikal tiga roda yang dilengkapi dengan perkakas dan bahan-bahan untuk membuat ABC di sebuah taman awam.
Baca Juga:
- “Ini Pertama Kali Saya Makan, Saya Pasti Akan Merinduinya’ – Ini Reaksi Mat Saleh Selepas Cuba Nasi Kerabu

- Bukan Sekadar Kecewa, Mat Saleh Mula Persoal Sikap Warga Kelantan Buang Sampah Merata-Rata

- ‘How Dare You!’ – Mat Saleh ‘Expose’ Kedai Jual Makanan Malaysia Yang Palsu Di London

“Seorang lelaki Sweden jatuh cinta dengan ais kacang. Dia siap beli mesin dari Malaysia dan kini buka gerai basikal comel di Stockholm,” kata TikTok @wawawandering__.
ABC Sweden lebih kurang ABC Malaysia
@wawawandering__ A Swedish guy jatuh cinta dengan ais kacang 😍. Dia siap beli mesin dari Malaysia and now buka cute bike stall kat Stockholm! 🚲🍧 Musim panas kat Scandinavia dah tak complete tanpa shaved ice pelangi ni – dengan sirap manis, jagung, kacang merah & cendol. From KL streets to Swedish summer vibes – ais kacang is the new chill star! ❄️🇲🇾🇸🇪 #sweden #stockholm #malaysia #malaysiatiktok #fyp
Mat saleh itu mempamerkan bakatnya dalam menghasilkan ABC. Dia langsung tidak kekok mengisar ais dan menghiasnya dengan bahan-bahan ABC ke dalam mangkuk.
Bahan-bahan yang digunakan adalah kacang merah, jagung, jeli, sirap dan susu sejat/santan.
Satu mangkuk dijual pada harga 60 Kronor (kira-kira RM26).

Difahamkan mat saleh itu boleh bercakap dalam Bahasa Malaysia kerana pernah tinggal di Singapura sebelum ini.
Jika anda ke Sweden, boleh cuba ABC Sweden itu.
Menurut TikTok @wawawandering__, ABC Sweden tidak semanis ABC yang kita makan di Malaysia.