Seorang mat saleh yang juga YouTuber mengalami pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika beliau melawat Nepal baru-baru ini.
Akaun YouTube wehatethecold terpaksa menjadi wartawan tidak bertauliah dimana beliau terjebak ketika tunjuk perasaan di Nepal.
Baca Juga:
- Mat Saleh Beli Mesin Dari Malaysia, Meniaga Ais Batu Campur Di Sweden

- “Ini Pertama Kali Saya Makan, Saya Pasti Akan Merinduinya’ – Ini Reaksi Mat Saleh Selepas Cuba Nasi Kerabu

- Bukan Sekadar Kecewa, Mat Saleh Mula Persoal Sikap Warga Kelantan Buang Sampah Merata-Rata

Pemilik akaun menyatakan beliau singgah di Nepal dalam jelajahnya menaiki motosikal untuk kembali ke UK.
Mat Saleh ‘Sangkut’ Di Nepal

Akan tetapi, tujuannya berubah selepas tunjuk perasaan berlaku dan beliau berkongsi pengalaman menerusi vlog yang dimuat naik di akaunnya.
Dalam vlog yang dimuat naik, mat saleh ini menunjukkan bangunan terbakar serta kenderaan polis dan bomba yang dimusnahkan oleh penunjuk perasaan.
“Saya terkejut dengan apa yang saya saksikan di sini. Kita menyaksikan sejarah di sini.
“Dalam perjalanan dari Thailand ke UK dengan menaiki motosikal, saya mahu segera keluar dari sini,” katanya.
Tunjuk perasaan di Nepal menyebabkan kerajaan lumpuh dimana Perdana Menteri, K. P. Sharma Oli serta-merta meletak jawatan.

Rakyat negara itu sudah muak dengan rasuah dan kos sara hidup yang semakin meningkat dan mereka turun ke jalanan.
Pihak tentera ketika ini mengambil alih pentadbiran negara Nepal buat sementara waktu.