Ketika cuaca panas, minum air kelapa pastinya menyegarkan badan. Selalunya kelapa dikupas menggunakan parang.

Akan tetapi, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Alexey Brock berkongsi videonya terpaksa berjumpa doktor gigi selepas cuba mengupas buah kelapa menggunakan giginya.

Baca Juga:

@alexey.brock

⛔️⚠️Stay safe and be careful with your gigi. #kelapa #problem #gigi #doctor #Malaysia

♬ original sound – Alexey.brock

Gara-gara tindakannya dia mengupas buah kelapa menggunakan giginya, sebahagian kecil daripada sebatang gigi hadapannya patah.

Alexey kemudian berkunjung ke sebuah klinik gigi untuk melakukan rawatan sambil membawa buah kelapa yang digigitnya.

Bukan itu sahaja, dalam video yang dikongsikannya memaparkan aksi seorang penjual air minuman kelapa melakukan demonstrasi mengupas buah berkenaan.

“Buka kelapa macam ni, bukan dengan gigi,” kata pemuda warga tempatan itu secara berseloroh sambil membelah kelapa menggunakan parang di hadapan Alexey.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut dengan tindakan lelaki terbabit.

Malah, para netizen turut berasa terhibur melihat tindakan lelaki terbabit dan mengatakan buah kelapa harus dikupas menggunakan parang.