Kalau soal makan, kita semua ada pilihan kita. Kalau burger depan rumah kita sedap, bagi orang lain, mungkin burger depan rumah mereka yang paling sedap. Begitulah kitaran dunia, apa yang kita suka, mungkin tidak kena pula di mata orang lain.

Kisah yang sama turut menimpa seorang pengguna media sosial atau namanya di Twitter, Oliver, yang berkongsi pengalaman beliau menikmati Nasi Lemak Wanjo Kampung Baru.

Baca Juga:

Dalam ciapan yang dimuat naik pada Februari 27 tersebut, Oliver memuat naik dua keping gambar di mana beliau berswafoto di hadapan kedai Nasi Lemak Wanjo dan sekeping gambar nasi lemak dengan lauk ayam.

Di bahagian kapsyen, beliau menulis, “Nasi Lemak Wanjo Kg Baru buat pertama kali dalam beberapa tahun. Sedap Gila!” Katanya dalam ciapan yang mendapat perhatian netizen Malaysia.

Bagaimanapun, ciapan yang dimuat naik oleh Oliver ini mendatangkan perasaan kurang senang di mata netizen Malaysia. Ini selepas beberapa komen yang mengecam beliau bahawa nasi lemak yang sedap bukanlah di kedai tersebut.

https://twitter.com/Notorious_Fakry/status/1630594772850327552

Ini hanya sebahagian komen netizen yang mengherdik pilihan nasi lemak beliau. Membaca komen-komen tersebut, membuatkan kita tertanya-tanya, sejak bila pandangan mereka penting? Kenapa Oliver kena ikut tekak mereka? Dan soalan paling penting sekali, siapa tanya?

Masalah dengan rakyat Malaysia yang ‘terpaling nasi lemak’ ini adalah mereka seolah-olah mahu orang mengikut pandangan mereka. Seolah-olah pandangan mereka dan cadangan mereka paling betul.

Mujur Oliver bersikap profesional apabila bertindak melayan perbezaan pandangan dengan baik. Di bahagian komen, anda boleh lihat bagaimana beliau membalas beberapa komen yang mencadangkan beliau untuk merasa kelazatan nasi lemak di kedai lain.