Seorang mat saleh berasa kagum apabila melihat cara orang Malaysia meluangkan masa pada malam minggu sangat berbeza dengan UK.
Menerusi hantaran Instagram @the_boomeranggg_, dia memuat naik video menunjukkan orang ramai beriadah bersama ahli keluarga di sebuah padang dataran.
Baca Juga:
- ‘Ride’ Sejauh 2,640KM Naik Skuter, Guru Taiwan Ini Terharu Dengan Keramahan Rakyat Malaysia

- Durian Musang King Malaysia Disahkan Sebagai ‘King Of Kings’

- Pelancong India Malu Dengan Negara Sendiri, Tak Sangka Malaysia ‘Sempurna’

“Inilah suasana hujung minggu di Malaysia pada jam 12 tengah malam.
“Tiada aktiviti minum arak atau berhibur di kelab malam. Hanya suasana santai bersama keluarga dan orang tersayang,” kata mat saleh itu.
Dalam video pendek itu kelihatan kanak-kanak bermain basikal, orang dewasa menaiki basikal elektrik dan ada yang berpiknik di padang dataran tersebut.
“Situasi seperti ini di UK kemungkinan besar akan jadi huru-hara dengan sangat cepat,” katanya.
Hantaran Instagram itu meraih lebih 1 juta tontonan dalam masa 24 jam.
Netizen Malaysia menyokong apa yang diperkatakan oleh mat saleh itu.
Ramai berkata untuk berseronok dalam kehidupan, tidak perlu penggunaan alkohol atau dadah, dan menjadi mabuk.
Dalam pada itu warganet turut mencadangkan beberapa lokasi lain untuk mat saleh itu melihat bagaimana orang Malaysia meluangkan masa pada hujung mingg.u dengan aktiviti bermanfaat.