Mat saleh atau pengunjung berkulit putih dari luar negara sering menjadi perhatian sama ada mereka memuji keunikan yang ada di Malaysia ataupun membuat onar di negara ini.
Baeu-baru ini, tular di laman media sosial yang menunjukkan pasangan yang dipercayai suami isteri sedang ‘mengemis’ dengan membuat pertunjukkan di salah satu kawasan di Pulau Pinang.

Baca Juga:
- Chef Mat Saleh Masak Nasi Guna ‘Butter’, Netizen Rasa Nak Muntah
- Mat Saleh Puji Kereta Sewa Malaysia Murah, Pemandunya Lebih Berhemah Daripada Negara Lain
- Netizen Tegur Mat Saleh Gelak, Tepuk Tangan Selepas Lelaki Nyaris Termasuk Longkang Semasa Hujan Lebat
Pasangan Mat Saleh Menari Di Tengah Jalan
Takde duit nak balik negara asal ke? Tolong lah ambil tindakan dekat dorang ni 😅 pic.twitter.com/RRCMGi3AWn
— kamaghul deghaman (@ricxxxkiddo) February 5, 2025
Pasangan ini membuat pertunjukkan seolah-olah seperti sarkas dan mereka melakukannya di tengah-tengah jalan bandar yang menjadi laluan utama kepada masyarakat tempatan untuk menjalankan aktiviti.
Perbuatan yang dilakukan oleh pasangan ini nyata mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen dimana mereka menganggap pasangan ini membahayakan diri sendiri dan tidak menghormati rakyat Malaysia.
Di ruangan komen, ada netizen yang menggesa agar pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Imigresen untuk mengambil tindakan terhadap dua mat saleh ini.
“Mohon imigresen lebih tegas dengan mat saleh ini. Ketika masuk ke negara ini, pastikan mereka ada tiket untuk keluar dan mempunyai simpanan yang cukup dalam akaun bank. Seperti negara lain yang mengenakan peraturan itu terhadap rakyat Malaysia,” tulis seorang netizen.
“Harap penguatkuasa mengambil tindakan terhadap mereka. Kalau orang sendiri dah lama kena tangkap. Takkan tak boleh buat perkara sama terhadap warga asing,” tulis seorang lagi netizen.
Kes seperti ini bukan kali pertama berlaku dalam negara dimana sebelum ini, modus operandi mereka ialah dengan menjual cenderamata yang dibuat sendiri.
Beberapa kawasan terkenal sekitar Kuala Lumpur seperti Bukit Bintang dan Chow Kit menjadi kawasan pilihan untuk warga asing menjual cenderamata mereka sambil menjual sentimen mereka mahu meneroka negara lain dan meminta bantuan rakyat Malaysia.