Malaysia salah satu negara yang mempunyai ramai bakat dalam sukan papan selaju (skateboard), sehingga ada yang menempa nama sehingga persada dunia.

Bagi yang sedang membesar pada tahun 90an, pasti anda pernah dengar nama Bukit Cerakah, Shah Alam, yang kini dikenali sebagai Taman Botani Negara Shah Alam.

Baca Juga:

Di sana terdapat sebuah taman skateboard di dalam tengah-tengah hutan tersebut. Menerusi perkongsian The Skateboarding Crucible, difahamkan taman konkrit pertama di Malaysia itu dibina pada lewat 1989 dan siap sepenuhnya pada 1990.

Baru-baru Instagram @one37pm berkongsi klip-klip video di mana sekumpulan mat saleh mengembara untuk melihat sendiri taman skateboard itu di Malaysia.

Pengalaman itu dikongsikan melalui video asal daripada YouTube @TheSkateNomad. Mike Boisvert dan rakan-rakannya perlu menempuh satu tempoh perjalanan yang mencabar sebelum boleh berjumpa dengan lokasi itu.

Perkongsian video itu mencuri perhatian pemain-pemain skateboard lain dari seluruh negara, bahkan daripada orang Malaysia sendiri.

Ramai tidak menyangka Malaysia mempunyai taman yang menarik seperti itu, namun sudah terbiar pada hari ini.

Sumber Gambar: Instagram @one37pm
Sumber Gambar: Instagram @one37pm
Sumber Gambar: Instagram @one37pm
Sumber Gambar: Instagram @one37pm

Oleh kerana sayang terbiar begitu sahaja, ramai berharap ada pihak dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan taman skateboard tersebut agar ia menjadi salah satu penarik untuk pelancong pergi ke situ.

Salah satu nama terkemuka dalam sukan skateboard tempatan, Ahmad Fadzil Musa atau Pa’din Musa telah ‘dipetik’. Orang ramai meletakkan harapan tinggi agar beliau dapat membangunkan semula taman itu.

Sebelum ini Pa’din terlibat sama dalam menjayakan pembangunan tapak skateboard di Urban Skate Plaza yang terletak di bersebelahan stesen LRT dan MRT Ampang Park.