Pernah terfikir kenapa ramai pelancong Barat atau ‘Mat Salleh’ begitu menggemari makanan Malaysia? Adakah kerana keenakan rasanya semata-mata, atau ada sebab yang lebih mendalam di sebaliknya?

Seorang wanita yang telah menetap di Rusia selama enam tahun akhirnya membongkar misteri ini, mendedahkan faktor sebenar di sebalik kegilaan mereka terhadap hidangan tempatan kita.

Menurut Hasifah di dalam video TikToknya, sesiapa yang pernah melancong ke Malaysia akan menyatakan tentang keenakan makanan tempatan di dalam perbualan.

“Mereka akan puji nasi lemak dan sate. Ini mungkin makanan yang ramai cadangkan pada pelancong, jadi mereka terbiasa (kenal).

“Tapi kalau yang dah lama duduk Malaysia, mereka tahu lebih banyak jenis makanan kita… dan boleh borak lebih mendalam fasal makanan,” katanya.

Hasifah, yang pernah menetap selama enam tahun di Rusia, berkongsi bagaimana perspektifnya terhadap makanan berubah secara drastik selepas tinggal di luar negara.Pengalaman ini membuka matanya tentang kepelbagaian masakan dunia.

makanan
Sumber Gambar: Klook Travel

Setelah merasai pelbagai jenis hidangan dari negara lain, Hasifah dan suaminya akhirnya membuat satu kesimpulan penting: masakan Malaysia mempunyai nilai istimewa dan keunikan tersendiri yang mungkin tidak disedari sepenuhnya apabila kita berada di tanah air.

Pengalaman di Rusia ini secara tidak langsung membantu mereka menghargai dan memahami mengapa makanan Malaysia begitu digemari, terutamanya oleh masyarakat asing.

“Mula-mula memang kita rasa makanan Malaysia tu biasa je. Tapi apabila saya belajar di Rusia dan banyak travel ke negara Eropah dan rasa makanan mereka, baru saya faham kenapa mat salih selalu highlight (puji) makanan kita.

“Makanan kita memang ada rasa dan tak membosankan. Makanan luar negara banyak yang bland taste atau rasa yang lebih kurang walaupun dari negara berbeza.

“Berbanding dekat Malaysia, awak buat masak lemak lain rasanya, asam pedas lain, cili api atau rasa masakan rendang… semuanya ada rasa tersendiri. Itulah sebab kita tak akan bosan dengan makanan Malaysia,” ujarnya lagi.

@hasifahryg

Replying to @Brave for cod scammer kenapa mat saleh selalu puji makanan Malaysia?

♬ original sound – Hasifah RYG – Hasifah RYG

Perkongsian Hasifah bukan sahaja membuka mata orang ramai betapa hebatnya masakan Malaysia malah timbul rasa bangga apabila juadah tempatan menjadi sebutan di peringkat antarabangsa dalam tanpa kita sedari.

 

Malah, seorang chef profesional yang sudah pergi ke sejumlah negara turut mengakui jika kalau makanan Malaysia sememangnya sedap dan mempunyai keunikkan tersendiri yang membuatkan sesiapa yang makan pasti tidak akan bosan.

Penemuan ini bukan sahaja membuka mata kita tentang nilai sebenar masakan Malaysia, tetapi juga mungkin mengubah persepsi anda tentang bagaimana makanan kita dilihat di mata dunia.