Ketua pasukan skuad kebangsaan, Matthew Davies menegaskan pemain warisan negara mempunyai kualiti dan terbukti di luar Malaysia.
Bercakap ketika sidang media sebelum perlawanan, Matthew menegaskan kualiti pemain warisan sudah terbukti di luar negara.
Baca Juga:
- Peter Cklamovski Tidak Terkesan Dengan Komen Santokh Singh
- Penyokong Indonesia Desak FIFA Siasat Malaysia
- Cklamovski Dapat Senjata Baharu, Malaysia Umum Lagi 4 Pemain Warisan
Matthew Davies Mahu Pemain Warisan Beri 100 Peratus
“Apa yang kami semua minta kepada pemain baharu ialah mengambil serius perkara ini sama seperti pemain lain.

“Memakai jersi ini (Malaysia) adalah tanggungjawab yang berat. Kami semua mengambil tanggungjawab besar di sini.
“Kualiti yang dimiliki oleh mereka sudah terbukti di luar Malaysia,” kata Davies.
Dalam masa yang sama, Davies mengakui pemain warisan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan.

“Memang mengambil masa. Ada isu mengenai komunikasi kerana kekangan bahasa dan perkara lain.
“Semua mengambil masa tapi kami mahukan 100 peratus komitmen dari mereka. Kita tidak boleh memberi layan berbeza kepada mereka,” tambahnya.