Pekerja pembersihan yang mengambil jalan mudah untuk membersihkan tong sampah dengan membuangnya di tepi pantai sudah dikenali pasti oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada hari semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga sudah mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku tidak bertanggungjawab itu.

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Star

Beliau berkata, tindakan ini diambil susulan sebuah video perbuatan pekerja itu telah dirakam oleh seorang penduduk tular di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, pihak MBJB juga menjalankan kerja pembersihan di kawasan terbabit.

“Terima kasih kepada masyarakat yang peka terhadap kebersihan bandar raya ini.

“Agenda Johor Bersih gagasan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi amat memerlukan kerjasama semua pihak.

“Kebersihan adalah tanggungjawab bersama,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi pada hari semalam.

@laaibanatasha_

@Onn Hafiz @majlisbandarayajohorbahru Alkisahnya harini, After jogging nak pergi sarapan, pastu kedainya tutup lagi, so pergi laa jalan2 area jb, pastu sampai kat sini, stop jap santai2 sebab nak makan satay yg beli dekat pasar tani tadi, tiba2 nampak sorang pekerja ni baru nak kutip sampah dari tong sampah, mula2 puji laa dia “wahh, bagusnya tangkap gambar before buang sampahnya”, tapi tiba2 dia tarik plastiknya tanpa ikat pungggg!! pergi campak sampah kat tepi sana, auto membebel laa dlm kereta kenapa dia buat macam gitu apa semua. Nak tegur terus tak berani kang dia buat apa2 pulak kan, pastu decide utk rakam perbuatan pekerja ni. Terpaling terkejut bila tgk rupa2 nya dah banyak sampah dibuang kat situ. Kita dah buang sampah elok2 dalam tong sampah, dapat kat pekerja ni, dia pulak yg cemarkan alam sekitar.

♬ original sound – La aiba natasha – La aiba natasha

Perbuatannya disedari oleh seorang wanita yang menghentikan kenderaan di lokasi di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas pulang bersenam pada pagi semalam.

Wanita itu terkejut dengan perbuatan tidak bertanggungjawab seorang pekerja bahagian pembersihan yang membuang sampah di tong sampah di lokasi bersebelahan.

Sumber Gambar: TikTok @laaibanatasha

Wanita itu mendakwa lelaki itu juga didapati merakam gambar tong sampah sebelum dibersihkan dan selepas menggantikan plastik sampah baharu dipercayai bagi mengaburi pihak tertentu.

Ketika meninjau pantai berkenaan, wanita itu mendapati lokasi terbabit dipenuhi dengan plastik sampah dipercayai berpunca daripada perbuatan pekerja bahagian pembersihan itu.

Dalam pada itu, warganet juga memuji tindakan wanita itu kerana mendedahkan tindakan kerja sambil lewa pekerja pembersihan terbabit. Malah, mereka menyatakan ini cara menggunakan media sosial dengan berhemat untuk kebaikan sejagat.

Sumber