MBO Cinemas mengumumkan penutupan operasi mereka sepenuhnya menerusi seluruh laman media sosial.
“Pelanggan yang dikasihi, kami membuat pengumuman ini dengan berat hati. Setelah bertahun-tahun yang luar biasa, MBO Cinemas kini akan menghentikan operasinya secara kekal.
Baca Juga:
- Berdepan Kerugian Disebabkan COVID-19, MBO Cinemas Bakal Tutup Operasi?

- ‘Banyak Kenangan Di Sini’ – Netizen Sedih MBO Space U8 Ditutup

- Berdepan Kerugian Berpanjangan, GSC Umum Pengambilalihan Pawagam MBO

“Tirai kini telah dilabuhkan. Adalah satu penghormatan terbesar bagi kami untuk berkhidmat kepada anda, para penonton kami, dan menjadi sebahagian daripada pengalaman sinematik anda.
“Segala sorakan dan tawa di dalam panggung yang penuh, hinggalah ke saat-saat hening dalam babak yang menyentuh hati, segalanya amat bermakna bagi kami.
“Daripada kami semua di MBO Cinemas, terima kasih kerana telah memenuhi tempat duduk kami, dan juga hati kami,” kata MBO Cinemas.
Menurutnya lagi, untuk urusan urusan bayaran balik (refund), para pelanggan boleh e-melkan kepada [email protected].
Sementara untuk pertanyaan lain-lain boleh hubungi PKF Malaysia di [email protected] atau 03-6203 1888.
Hasil carian mendapati MBO Cinemas menutup ruangan komen pada pengumuman tersebut di semua platform media sosial mereka.
Pada masa sama laman sesawang https://mbocinemas.com/ tidak boleh diakses ketika ini.