McDonald di China telah meminta maaf setelah sebuah cawangan di bandar industri Guangzhou melarang orang kulit hitam untuk masuk ke dalam premis.
Sebuah video yang dikongsi di media sosial menunjukkan kenyataan yang berbunyi ; “Kami dimaklumkan bahawa mulai sekarang orang kulit hitam tidak dibenarkan memasuki restoran.”
McDonald’s dalam kenyataannya berkata bahawa ketika mendapat tahu mengenai notis tersebut, pihaknya telah mengambil pendekatan dengan menutup sementara restoran terbabit.
Ketegangan telah meningkat di antara orang Afrika dan penduduk tempatan di bandar tersebut.
Again, for those who still doubt that Black people and particularly #AfricansinChina are being targeted we feel it is our duty to share this. A sign at a @McDonalds restaurant seems to make this perfectly clear pic.twitter.com/FaveKrdQHi
— Black Livity China (@BlackLivityCN) April 11, 2020
Minggu lalu, beratus-ratus orang Afrika di Guangzhou diusir dari hotel dan pangsapuri setelah khabar angin menyatakan bahawa COVID-19 mula tersebar di kalangan orang Afrika, kata pemimpin masyarakat.
Guangzhou adalah pusat untuk pedagang Afrika membeli dan menjual barang serta merupakan rumah bagi salah satu komuniti Afrika terbesar di China.
Pemerintah wilayah Guangdong telah berusaha menangani isu ini dengan menjalankan beberapa kempen dengan memanggil China dan Afrika sebagai teman, rakan kongsi dan saudara baik.
McDonald’s telah bertindak balas dengan menyatakan bahawa larangan orang kulit hitam tersebut “tidak mewakili nilai inklusif kami”.
“Setelah mengetahui komunikasi yang tidak sah kepada tetamu kami di sebuah restoran di Guangzhou, kami segera menghapus komunikasi tersebut dan menutup restoran untuk sementara waktu,” kata kenyataan tersebut.
Untuk bacaan lanjut mengenai McDonald, klik pautan di bawah.
Jadikan McDonald’s Tempat ‘Study’, Pelajar Ditegur Supaya Hormati Pelanggan Lain
Cara Bijak McDonald’s Ajar ‘Social Distancing’ Menggunakan Logo Mereka Sahaja
Burger King Tokyo Tinggalkan Mesej ‘Kejam’ Sempena Penutupan McDonalds