Mungkin disebabkan musim panas dan berjerebu ketika ini, McDonald’s hadir dengan aiskrim berperisa sarsaparilla. Aiskrim tersebut akan hadir dengan 3 jenis iaitu Sarsaparilla, Sarsaparilla Vanilla dan Sarsaparilla Choco Dip.
Untuk pengetahuan anda, sarsaparilla merupakan minuman ringan berkarbonat yang sangat popular dua abad yang lalu. Ia diperbuat daripada smilax ornata iaitu tumbuhan yang terdapat di Amerika Tengah yang serta turut tampil dengan perisa artificial.
Kini anda boleh dapatkan aiskrim ini di semua McDonald’s berhampiran anda dan nikmati aiskrim yang pastinya akan mengembalikan nostalgia anda. Apa tunggu lagi?