Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook meluahkan rasa tidak puas hatinya dalam satu hantaran dimana dia mendakwa restoran makanan segera McDonald’s telah kenakan caj sebanyak RM10.60 untuk 10 paket sos cili tambahan.

Menerusi hantaran tersebut, dia juga memuat naik resit sebagai bukti dia dikenakan caj RM1 untuk setiap paket sos cili tambahan yang dimintanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali pelanggan setia restoran makanan segera tersebut. Susulan itu, McDonald’s Malaysia telah membuat laporan polis berikutan pertikaian dengan seorang pelanggan mengenai sos cili yang dibekalkan bersama hidangannya.

Dalam satu kenyataan rasmi, McDonald’s Malaysia mendakwa pelanggan berkenaan menjadi sangat marah dan agresif secara lisan terhadap kakitangannya yang secara tidak sengaja memberikan paket sos cili yang tidak mencukupi.

McDonald’s berkata ia telah melancarkan siasatan dalaman termasuk semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“McDonald’s Malaysia amat kecewa dengan tindakan pelanggan itu, yang bukan sahaja mempamerkan keagresifan terhadap kakitangan kami tetapi juga menyiarkan maklumat tidak tepat mengenai kejadian itu di media sosial.

“Kami telah melaporkan kejadian ini kepada polis untuk memastikan keselamatan kakitangan kami memandangkan tingkah laku agresif pelanggan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.” kenyataan yang dikeluarkan oleh McDonald’s.