Pemain Itali, Emiliano Viviano memberikan kritikan balas kepada komen pemain Amerika Syarikat, Weston McKennie yang menganggap makanan Itali membosankan dan tiada banyak variasi atau pilihan.
Bintang Juventus, McKennie berkata: “Makanan Itali tiada variasi. Hari hari pasta, pizza, daging dan ikan. Sebab itu saya lebih suka makanan Amerika.
“Produk Itali memang bagus, namun jika saya pergi ke kedai makanan segera Amerika, di kedai sebelah lagi saya lihat daging dimasak dengan rasa berbeza.
“Di Itali, saya pesan pizza denga pesto, saya makan di kedai lain, rasa yang sama sahaja. Rasanya semua sama.”
Emiliano Viviano segera menyindir McKennie yang memuji kedai makanan segera di AS. Sedangkan dia ada duit berkepuk kepuk dalam akaun.
Kemudian Viviano mempersoalkan, adakah memang sudah menjadi tabiat orang AS yang suka makan makanan tidak sihat seperti burger dan makanan segera lain?
Terutama sekali resepi deep fry dalam minyak, yang dianggap makanan paling sedap di Amerika Syarikat.
“AS adalah neggara dengan makanan paling teruk di dunia. Mereka kalau boleh, nak goreng dalam [deep fry] alas kasut sekalipun.
“Macamana si McKennie boleh cakap Itali tak banyak pilihan dan tiada variasi makanan?
“McKennie kamu Yanks yang ada €200 juta dalam akaun, dan kamu masih kemaruk makan hamburger?
Emiliano Viviano does 𝐧𝐨𝐭 hold back after Weston McKennie claimed Italian food had "no variety" 🫣🍝 pic.twitter.com/m28C8cDFuf
— GiveMeSport (@GiveMeSport) June 26, 2025
“Hakikatnya, di Amerika Syarikat mereka bukan sahaja tak ada makanan sendiri, makanan yang sedap di negara mereka pun kebanyakannya dibawa dari luar negara.
“Saya nak beritahu McKennie, kamu baru sahaja menemui cara untuk menyatupadukan rakyat Itali membenci kamu. Dia sekarang tiada peminat lagi di sini, dan dia akan dikecam semua orang.”
Nampaknya bukan sahaja orang Malaysia yang tak suka makanan negara mereka dikecam, orang Itali pun sama.
Kami menunggu respon daripada Lionfield.
@lionfieldmusic @バヤシ🥑Bayashi Did it again! #lionfieldmusic #comedy #pasta #italian