Sebuah media Amerika Syarikat (AS), Associated Press (AP) semalam telah bertindak mengeluarkan satu kajian mengenai layanan buruk dan kejam terhadap para pekerja wanita yang berkerja di Indonesia dan Malaysia.

AP dalam siasatan komprehensif pertama yang diterbitkan semalam dengan tajuk Rape, abuses in palm oil fields linked to top beauty brand yang memberi tumpuan kepada layanan buruk terhadap wanita dalam produksi minyak sawit.

Ini termasuk gangguan seksual dan keganasan yang tersembunyi, sama ada penderaan lisan, ancaman dan pemerkosaan.

Screenshot 2020-11-20 at 10.42.38 AM

Penyiasatan ini turut mengungkap bagaimana industri utama dua negara ini telah menyalahgunakan pekerja wanita di Indonesia dan Malaysia.

Bukan hanya keganasan terhadap pekerja wanita, pemerdagangan manusia, buruh kanak-kanak dan penghambaan juga dilaporkan wujud di sana.

Diperkosa, ditekan dan tidak dilindungi.

AP melaporkan bagaimana seorang kanak-kanak berusia 16 tahun diperkosa oleh majikannya sendiri. Dia tidak mampu untuk meminta tolong, apa lagi menjerit kerana mulutnya ditutup rapat.

Dia menggambarkan bagaimana majikannya memperkosa dirinya di tengah-tengah pohon tinggi di ladang kelapa sawit Indonesia yang menjadi sumber kepada jenama kosmetik terkenal di seluruh dunia.

Sementara itu di ladang lain, seorang wanita bernama Ola mengadu demam dan sering batuk setelah bertugas bertahun-tahun sebagai penyembur racun perosak tanpa peralatan pelindungan yang lebih baik.

Dengan upah sehari sekitar Rp 28,000 (RM8.00). Dia tidak diberi kemudahan perubatan dan tidak dapat berjumpa dengan doktor.

file-20200803-14-1ffvsn3

Sementara itu, beratus kilometer jauhnya pula, seorang wanita muda yang baru-baru ini meratapi keguguran bayi buat kali kedua masih dipaksa bekerja. Dia mengalami keguguran disebabkan kerja berat yang dia lakukan semasa masih mengandung.

Manakala Indra, wanita yang berhenti sekolah ketika remaja telah bekerja di Sime Darby Plantations Malaysia, salah satu syarikat minyak sawit terbesar di dunia. Bertahun-tahun kemudian, dia mengatakan majikannya mula mengganggunya, dengan mengatakan seperti “Ayuh tidur dengan saya.”

Kehidupan kejam

Pekerja wanita dibebani dengan beberapa pekerjaan yang sukar dan berbahaya dalam industri kelapa sawit. Mereka menghabiskan berjam-jam di air yang dicemari oleh bahan kimia, membawa beban yang begitu berat sehingga merosakkan rahim mereka.

Ramai di antara mereka tidak dijaga dengan baik walaupun mereka telah bekerja di syarikat yang sama selama bertahun-tahun, bahkan beberapa dekad. Mereka juga kadang terpaksa bekerja tanpa dibayar gaji hanya untuk membantu suami mereka bertahan.

Hotler Parsaoran dari kumpulan nirlaba Indonesia Sawit Watch mengatakan kepada AP, “Hampir setiap perkebunan [sawit] memiliki masalah yang berkaitan dengan buruh.”

“Tetapi keadaan pekerja wanita jauh lebih buruk daripada lelaki,” tambahnya.

Jenama terkenal

Baik gadis yang diperkosa, Ola yang sakit dengan racun perosak, dan wanita muda yang keguguran bayinya buat kali kedua, mereka semua adalah contoh wujud layanan kejam terhadap berjuta-juta wanita yang bekerja di ladang kelapa sawit di Indonesia dan Malaysia.

Kedua-dua negara di Asia Tenggara ini menyumbang 85 peratus minyak sayuran dunia. Minyak kelapa sawit kini terdapat dalam segala macam produk, dari kerepek kentang hingga pil ubat hinggalah makanan haiwan.

5fb5bee32b833

Bukan hanya itu, minyak sawit juga masuk dalam rantai bekalan beberapa nama besar dalam perniagaan kecantikan bernilai AS $ 530 bilion. Jenama kecantikan itu termasuk seperti L’Oréal, Unilever, Procter & Gamble, Avon dan Johnson & Johnson.

Siapa yang harus bertanggungjawab?

Menurut Parsaoran, ini adalah tanggungjawab kerajaan, pemaju tanah, pembeli dan bank yang membantu membiayai mengembangkan perusahaan ladang kelapa sawit.

AP telah berjumpa lebih daripada 30 wanita dan gadis dari 12 syarikat di seluruh Malaysia dan Indonesia yang berkaitan dengan minyak kelapa sawit. Difahamkan, mereka bertemu secara diam-diam dengan wartawan AP, khuatir aktiviti mereka dapat dihidu majikan.

Kerajaan Malaysia mengatakan belum menerima laporan mengenai pemerkosaan di kawasan ladang kelapa sawit, manakala Indonesia pula mengakui wujud  penderaan fizikal dan seksual, di mana mangsa takut untuk melaporkannya.

Selain wanita yang bekerja, wartawan AP juga menemubual hampir 200 pekerja lain, termasuk aktivis, pegawai kerajaan dan peguam yang turut sama membantu melepaskan wanita yang terperangkap.

Terdahulu, sebuah syarikat pembuat sarung tangan di Malaysia dituduh melakukan diskriminasi terhadap pekerja warga asing. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dokumentari Ini Papar Realiti Sebenar Pekerja Warga Asing Di Syarikat Top Glove Malaysia

Diskriminasi Gender Dan Gaji Rendah, Ini Realiti Sedih Pekerja Wanita Perlu Tempuhi Di Jepun

Nusr-Et Buat Pekerja ‘Salty’, Dilapor Curi Duit Upah Dan Lakukan Diskriminasi Kepada Wanita