Media Indonesia mendakwa FIFA akan menjatuhkan hukuman terhadap Malaysia dimana mereka menuduh skuad Harimau Malaya terlibat dalam skandal pemain warisan.
Media yang dimaksudkan ialah TV One News yang mana mereka memuat naik video di laman YouTube milik mereka.
Baca Juga:
- Tewas Kepada Malaysia, VFF Senaraikan 100 Pemain Warisan
- Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dan Garuda Menurut Media Indonesia

- Bekas Pengendali Vietnam Anggap Kualiti Pemain Warisan Malaysia ‘Biasa’ Saja

Dalam video tersebut, TV One menyatakan FIFA akan mengambil tindakan tegas dan menjatuhkan hukuman berat terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Tuduhan Tanpa Asas Dari Media Indonesia
TV One menulis; “Terdapat laporan yang mana FIFA dan AFC sedang menyiasat proses yang dilakukan oleh Malaysia dalam mengambil pemain warisan.
“Paling menjadi perhatian ialah pemain pertahanan iaitu Facundo Garces. Beliau beraksi ketika Malaysia menewaskan Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027.

“Ramai yang mempertanyakan hubungan Garces dengan Malaysia. Beliau disebut tidak memiliki kaitan langsung dengan Malaysia dan tiada bukti sah mengenai perkara itu sehingga kini,” tulis media Indonesia itu.

Bagaimanapun, tuduhan ini dilihat tidak berasas dimana FIFA sudah pasti telah melakukan semakan mengenai pemain warisan yang dihantar kepada mereka oleh sesebuah negara.
Laporan yang dikeluarkan oleh media negara seberang dilihat sebagai satu bentuk insecure mereka terhadap peningkatan yang ditampilkan oleh skuad Harimau Malaya.

Skuad Harimau Malaya dijangka menerima lebih ramai pemain warisan menjelang perlawanan di peringkat antarabangsa pada Ogos dan Oktober nanti.